Pembantu juruterbang terpaksa buat pendaratan cemas, kapten Turkish Airlines meninggal dunia sewaktu pesawat ke Istanbul


  • Benua
  • Khamis, 10 Okt 2024

Kapten, İlçehin Pehlivan disahkan meninggal dunia ketika bertugas menuju ke Istanbul, Turkey pada Rabu.

SEBUAH pesawat Turkish Airlines dari Seattle menuju ke Istanbul melakukan pendaratan cemas di New York pada Rabu selepas kaptennya meninggal dunia di atas pesawat, kata seorang pegawai syarikat penerbangan.

Jurucakap Turkish Airlines, Yahya Üstün berkata, juruterbang İlçehin Pehlivan, 59, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas penerbangan 204 berlepas dari Seattle pada Selasa malam.

Üstün berkata, bantuan perubatan kecemasan yang diberikan kepada Pehlivan gagal memulihkannya dan pembantu juruterbang memutuskan untuk melakukan pendaratan cemas.

BACA LAGI: Pesan orang tua jangan seronok sangat, 'hiker otai' kongsi tip elak pendaki diganggu makhluk halus

BACA LAGI: Rahsia sebalik nama 'bunga lidah cicak' atau 'bunga pukul 10', anak jati Tanjung Karang layak digelar 'ibu' Ros Jepun Carnation

6068822865974771101

Kapten bagi pesawat Airbus A350 meninggal dunia ketika penerbangan.

Bagaimanapun, kapten itu disahkan meninggal dunia sebelum pesawat sempat mendarat.

Data daripada laman penjejakan FlightAware menunjukkan pesawat Airbus A350 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy sebelum pukul 6 pagi.

Üstün berkata, persiapan kini sedang diatur untuk membolehkan penumpang sampai ke destinasi mereka dari New York.

Untuk rekod, Pehlivan sudah bekerja di Turkish Airlines sejak 2007.

Pemeriksaan kesihatan rutin pada bulan Mac menunjukkan tiada masalah kesihatan yang akan menghalang Pehlivan daripada bekerja.

“Bagi pihak Turkish Airlines, kami amat berduka atas kehilangan kapten kami dan mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan sekerja dan semua orang tersayangnya yang ditinggalkan,” kata Üstün. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram