[VIDEO] Pusat beli-belah di China nyaris rentung angkara budak lelaki bermain api


  • Benua
  • Isnin, 30 Sep 2024

Tangkap layar kelakuan kanak-kanak lelaki itu ketika api tercetus.

AKSI seorang kanak-kanak yang mencetuskan api di sebuah pusat beli-belah dekat Beijing, China mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga maya baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 10 saat yang tular di media sosial memaparkan kanak-kanak lelaki itu berada di bahagian rak baju hiasan berhampiran lif sebelum api berkenaan tercetus.

Selepas api semakin menyala, budak lelaki berkenaan bergegas untuk beredar dari kawasan tersebut dengan terserlah ketakutan pada rauh wajahnya.

BACA LAGI: [VIDEO] 25 termasuk 9 ahli keluarga maut kena serangan udara Zionis di Lubnan

BACA LAGI: [VIDEO] Tentera Israel serang lebih 1,100 sasaran Hezbollah, angka korban meningkat cecah 500 orang

Tidak lama kemudian, budak lelaki itu dan seorang lagi kanak-kanak lelaki bertindak untuk memanggil seorang yang berada di kawasan berhampiran untuk membantunya memadam api berkenaan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan tindakan sebenar budak lelaki tersebut namun apa yang pasti ramai warganet mula mempersoalkan keberadaan ibu bapanya kerana tidak memantau perlakuan anaknya.

"Ibu bapa budak ini harus bertanggungjawab diatas kerosakan yang berlaku dengan nilai kerugian 20 kali ganda. Sekurang-kurangnya dapat menyedarkan para ibu bapa akan tanggungjawab mereka," kata warganet, jaksrmd.

"Semoga saja ibu bapa adik ini mahu mengambil tanggungjawab mengganti kerugian," tambah warganet, Akun Baru.

Setakat ini belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Beijing berhubung kejadian yang difahamkan berlaku pada 24 September itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram