RUSIA menafikan terdapatnya sebarang bentuk rundingan dengan Ukraine sebagai salah satu daripada usaha jalan damai terhadap konflik antara dua negara.
Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan serangan Ukraine terhadap wilayah Kursk menjadi punca kepada kegagalan rundingan untuk menghentikan serangan fasiliti sumber tenaga dan kuasa.
Laporan menyebut Rusia dan Ukraine dikatakan bakal duduk semeja di Qatar untuk mencari kata sepakat untuk tidak menyerang fasiliti tenaga dan kuasa kedua-dua negara.
BACA LAGI: [VIDEO] Ukraine serang wilayah Rusia, Moscow kerah lebih ramai tentera
BACA LAGI: [VIDEO] 'Masa sudah tamat' Presiden Ukraine kena pulau ketika sidang negara Eropah?
Wakil Rusia dan Ukraine sepatutnya bertemu dalam rundingan di Qatar. — Agensi
Laporan tersebut mengatakan yang kedua-dua negara sedia berbincang untuk memasuki fasa separa gencatan senjata, tetapi serangan ke atas Kursk menjadikan ia tidak menjadi kenyataan.
"Tiada siapa yang melanggar kata-kata kerana tiada kata-kata yang perlu dilanggar.
"Tiada sebarang rundingan secara terus atau tidak terus, antara Rusia dan Ukraine mengenai keselamatan fasiliti penting rakyat," kata Jurucakap Pertahanan Rusia, Maria Zakharova.
Ukraine sehingga kini tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. Dengan rundingan di Qatar itu terpaksa ditangguh sehingga 22 Ogos.
Rundingan yang sepatutnya diadakan secara fizikal ditukar menjadi sidang video rentetan konflik yang melanda Timur Tengah.
Sebelum ini, terdapat dakwaan yang mengatakan Rusia dan Ukraine melakukan serangan fasiliti penting rakyat kedua-dua negara, namun mereka menafikan perkara tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram