Gempa bumi magnitud 5.3 landa Tokyo lepas amaran dikeluarkan


  • Massa
  • Jumaat, 09 Ogos 2024

Gempa pada pukul 7.57 malam itu diukur pada bacaan 5 daripada 7 dalam skala intensiti seismik Jepun.

SATU gempa bumi tahap sederhana melanda Tokyo kawasan sekitarnya, sehari selepas kerajaan Jepun mengeluarkan amaran tentang berkemungkinan berlaku gempa kuat.

Agensi berita Kyodo memetik kenyataan agensi cuaca Jepun melaporkan gempa bumi dengan magnitud awal 5.3 menggegarkan Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Jumaat tanpa amaran tsunami.

Gempa pada pukul 7.57 malam waktu tempatan itu diukur pada bacaan 5 daripada 7 dalam skala intensiti seismik Jepun, di bahagian barat Wilayah Kanagawa, menurut agensi berkenaan.

BACA LAGI: Johor bukan rakan kongsi istimewa seperti Sabah dan Sarawak — Pakar Perlembagaan

BACA LAGI: Rafizi, Isham individu tepat berdebat, selesai polemik rasionalisasi subsidi bahan api — Penganalisis

Pusat gempa berkenaan berada pada kedalaman 10 kilometer di bawah tanah.

Beberapa laluan kereta api, termasuk perkhidmatan kereta api laju Shinkansen Central Japan Railway, menghentikan operasinya di kawasan berhampiran Tokyo dan Kanagawa.

Kerosakan pada kawasan yang paling teruk melanda bahagian barat Wilayah Kanagawa bagaimanapun dilaporkan tidak ketara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram