[VIDEO] Suspek kes rompakan kedai emas di Kajang mati ditembak — KP Selangor


  • 112
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Rakaman menunjukkan suspek sebelum ini turut terlibat dalam rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Kajang.

SEORANG suspek lelaki berusia 30-an mati ditembak dalam insiden berbalas tembakan di susur masuk tol Sungai Balak, Lebuhraya SILK, Kajang pukul 3 petang pada Selasa.

Difahamkan, suspek berkenaan terlibat dalam kes samun bersenjata melibatkan sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek dikatakan enggan memberhentikan kenderaan sewaktu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

BACA LAGI: Warga emas maut ditikam guna gunting, suspek dipercayai ada masalah mental

BACA LAGI: [VIDEO] Gempa bumi Syria: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan

“Adalah disahkan pada pukul kira-kira 3 petang tadi (Selasa), satu pasukan JSJ Bukit Aman yang sedang melakukan rondaan d kawasan Kajang telah menahan sebuah kereta jenis Perodua d susur masuk Tol Sungai Balak, Lebuhraya SILK.

“Dalam kejadian tersebut, suspek enggan berhenti dan telah melepaskan tembakan ke arah pihak polis.

“Pihak polis telah membalas tembakan dan suspek dipercayai mati terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

“Dalam kejadian ini juga, seorang anggota polis telah terkena tembakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, suspek juga mempunyai enam rekod jenayah samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. — The Star/FARIKZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram