PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara, Kuala Lumpur bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, pada Sabtu (20 Julai).
Anwar tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Anjung Utama Istana Negara pada pukul 8.45 pagi.
Turut tiba, Menteri Kanan Singapura yang juga bekas Perdana Menteri republik itu Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.
BACA LAGI: Dua kanak-kanak perempuan ditemukan selamat lepas 2 jam diculik pemandu Bezza di Sungai Buloh
BACA LAGI: [VIDEO] Hector Hernandez disebut sertai JDT, elak ulangi kegagalan 3 nama besar di Harimau Selatan
Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri Singapura memaklumkan Lee antara kumpulan pemimpin asing terpilih yang diundang oleh Sultan Ibrahim untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda.
Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, serta Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir turut hadir bersama kira-kira 700 tetamu yang lain.
Ketibaan tetamu kehormat itu disambut Menteri Komunikasi yang juga Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong Fahmi Fadzil dan isteri Azrina Puteri Mohamed Mahyuddin.
Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram