
AMALAN menabur serbuk sulfur kuning sering dilakukan dalam aktiviti perkhemahan dengan tujuan dapat menghindari ancaman haiwan berbisa khususnya luar.
Tapi realitinya, cara itu ternyata kurang berkesan seperti dikongsikan pengendali ular berpengalaman dari Ipoh, Cedric Chin, 47.
"Paling penting, jangan panik sekiranya dipatuk ular kerana ramai mangsa tiba di hospital selepas beberapa jam dipatuk,” nasihatnya.
Chin mengesyorkan orang ramai yang meminati akiviti luar supaya memahami fakta mengenai ular.
BACA LAGI: Menyorok dalam sangkar kucing, APM Kota Kinabalu berjaya tangkap ular sawa sepanjang 4 meter
Hasil penyelidikan pada tahun 2021, menunjukkan bahawa antara tahun 1965 dan 1971, terdapat 5,203 kes patukan ular berbisa yang dilaporkan di Malaysia yang mana 18 daripadanya membawa maut.
Sebanyak 1,136 kes patukan disahkan berasal daripada spesis ular 'Malayan pit viper' manakala 3,765 adalah daripada ular yang tidak dikenali kerana mangsa tidak tahu spesisnya. Sebanyak 302 lagi adalah gigitan oleh pelbagai ular berbisa lain.
Sebanyak 1,136 kes gigitan disahkan berasal daripada ular 'Malayan pit viper' manakala 3,765 adalah daripada ular yang tidak dikenali kerana mangsa tidak tahu spesisnya.
“Pemancing amat berisiko kerana ular Malayan pit viper sering berehat di tebing sungai dan tasik, terutamanya berhampiran akar pokok yang terdedah di kawasan lembab,” jelas Chin.
Bagi kes pendaki di kawasan hutan tebal, serangan ular paling biasa datang adalah dari ular Wagler’s pit viper yang kebanyakkan terdapat di kuil Ular Pulau Pinang di Bayan Lepas.
“Dalam kajian yang dilakukan oleh sembilan saintis tempatan dan diterbitkan pada Januari tahun ini, didapati sebanyak 51 peratus gigitan ular berbisa yang dilaporkan berlaku pada tangan dan lengan mangsa, 12 peratus pada paha dan betis, dan 25.85 peratus pada kaki. Dengan mengenal pasti di kawasan tempat gigitan ular, ia dapat membantu memberi petua cara mengelakkannya," nasihat Chin.
“Sewaktu mendaki, gunakan pandangan keseluruhan di persekitaran dan perhatikan jarak tiga meter hadapan dan sisi dengan teliti sebelum mencengkam batang atau dahan pokok untuk sokongan," kata Chin.
Gunakan pandangan keseluruhan di persekitaran dan perhatikan jarak 3 meter hadapan dan sisi dengan teliti sebelum mencengkam batang atau dahan pokok untuk sokongan
Pemakaian kasut but getah yang baik pada paras lutut dipakai oleh sesetengah pemancing dan pendaki boleh menghalang taring ular berbisa daripada ditembusi.
Walaupun gigitan ular berbisa jarang membawa maut, haemotoxin dalam racunnya boleh menyebabkan kesakitan yang luar biasa dan pemusnahan sel darah merah serta nekrosis tisu menyebabkan masalah pergerakkan dan juga amputasi.
Chin menasihati sesiapa yang dipatuk ular hendkalah mendapatkan rawatan perubatan segera, sebaik-baiknya di hospital kerajaan.
"Orang ramai perlulah meluangkan masa membaca dan mengkaji gambar ular untuk mengenal pasti sepsis mereka,” tegasnya.
Ular tedung adalah tidak agresif dan akan menjauhkan diri apabila diganggu dan sekiranya terancam mereka akan bertindak balas sebelum mematuk.
"Pertahanan terbaik bagi pemancing adalah pancing dan jangan memukul ular tedung kerana ia akan menyerang jika marah.
“Sebaliknya, panjangkan joran dan cuba gunakannya untuk menghalang ular daripada mara. Kemudian perlahan-lahan dan tenang berundur.
"Ular tedung akan berundur jika bukan ancaman," katanya.
Ular sawa retikulasi sangat kuat hingga boleh melilit pada leher dan menyebabkan diri tidak sedar dalam masa kurang dari 10 saat.
Ular sawa retikulasi sangat kuat hingga boleh melilit pada leher dan menyebabkan diri tidak sedar dalam masa kurang dari 10 saat.
Chin berkata, sekiranya mempunyai pisau, cucuk di mana-mana bahagian badannya berulang kali dan ia akan melepaskannya.
“Jika tidak mempunyai pisau atau jika lengan dililit, gigit badan ular itu sekuat-kuatnya.
“Jika anda mempunyai sebarang minuman beralkohol, tuangkan atau semburkannya pada kepala ular sawa dan ia akan berlalu pergi," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram