[VIDEO] Penduduk Kalimantan Timur rakam kelibat Orang Utan saiz raksasa, syak projek gondol hutan jadi punca


  • Benua
  • Selasa, 09 Jul 2024

Tangkap layar video memaparkan seekor Orang Utan bersaiz besar di kawasan perumahan di Kalimantan Timur, Indonesia baru-baru ini. — Agensi

SATU penemuan mengejutkan berlaku apabila penduduk kawasan perumahan di Kalimantan Timur, Indonesia sempat merakamkan kelibat seekor Orang Utan bersaiz besar baru-baru ini.

Lebih mengejutkan penduduk, ketinggian haiwan mamalia itu kelihatan sama tinggi dengan sebuah rumah.

Menerusi video tular di media sosial, Orang Utan tersebut dilihat berkeliaran di sekitar kawasan rumah dan memegang beberapa dahan pokok di lokasi itu.

BACA LAGI: 'Agak sukar anak syurga saya suaikan diri', ibu bapa, artis tuntut pampasan adil lepas diarah pindah dari Kampung Sungai Baru

BACA LAGI: Lampu hiasan bawah flyover Bandar Saujana Putra arahan YDP, MPKL ambil maklum keresahan penduduk tiada beza dengan lampu isyarat

Dalam rakaman itu, Orang Utan tersebut dilihat bergayut dan memetik dahan pokok untuk dimakan tanpa mengganggu penduduk lain.

Video itu sekali gus meraih perhatian ramai serta menimbulkan simpati terhadap nasib haiwan tersebut.

Rata-rata warga maya yang melihat keadaan Orang Utan itu menganggap bahawa ia seperti kehilangan habitat semula jadinya di hutan.

Ada juga yang mendakwa spesies haiwan itu terancam kerana banyak projek penerokaan dan pembalakan hutan dilakukan di kawasan itu.

"Mungkin sudah tidak selesa di habitatnya kerana banyak penebangan hutan, mereka keliru mencari makanan," komen @tiaraa.

"Kasihan lihat mereka begitu, rosak habitatnya," luah @aitneserk.

"Biasanya haiwan-haiwan liar akan turun ke kawasan kampung kerana tempatnya diusik," kata @raslokal.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia berhubung kejadian itu setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram