SEORANG lelaki ditahan polis di Tangerang, Indonesia selepas cuba mencederakan isterinya sendiri dengan cara membakar wanita itu hidup-hidup pada Ahad lepas (30 Jun).
Menerusi laporan Tribun News, kejadian itu kini tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian berkenaan 'bocor'.
Kejadian dipercayai berlaku di rumah pasangan berkenaan di Kecamatan Cipondoh, Kota Tangerang, Banten.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemain badminton China rebah, meninggal dunia ketika tunggu servis lawan
BACA LAGI: [VIDEO] Budak 3 tahun 'terbang' lebih 30 saat lepas terbelit tali layang-layang gergasi
Ketua Rukun Tetanga (RT) kawasan berkenaan, Romli mendakwa insiden itu sememangnya sudah dirancang oleh pelaku.
"Jika menurut sumber kami, bahan api itu sudah disediakan oleh pelaku.
"Bagaimanapun kita tunggu dahulu hasil siasatan polis sama ada dirancang atau sebaliknya," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Jelasnya, bahan api itu disembunyikan di sebuah kawasan himpunan kayu yang tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Saat dia bergaduh dengan isterinya, pelaku (Sulistiawan,40) langsung mengambil bahan api itu lalu dicurahkan kepada isterinya (Suci Ratna Derawati, 21) lantas dibakar menggunakan mancis," dedahnya.
Seorang suami membakar istrinya hidup-hidup karena cemburu buta, beruntung nyawa sang istri dapat diselamatkan.
Korban mengalami luka bakar dan kini dalam perawatan di rumah sakit. Peristiwa itu terjadi di Gang H Adih, Kelurahan Kenanga, Kecamatan Cipondoh, Kota Tangerang, pada... pic.twitter.com/z4D7d5zIpY
— The Scariest Project (@ScariestProject) July 2, 2024
Jelas Romli, kejadian itu berlaku apabila pelaku naik berang dan cemburu kerana menunggu isterinya yang lambat pulang setelah ke kedai fotostat.
"Mungkin pelaku beremosi dan terasa terlalu lama menunggu menyebabkan dia lantas bertindak sedemikian," katanya lagi.
Kejadian itu menyebabkan mangsa luka di muka dan kepala hingga meliputi 27 peratus.
Mangsa kini menerima rawatan di hospital dan pelaku sedang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram