[VIDEO] Tiga individu cedera parah terkena letupan lori tangki minyak di Brazil


  • Benua
  • Khamis, 04 Jul 2024

Tangkap layar video sebuah lori tangki minyak meletup di Brazil pada Khamis.

TIGA individu hampir maut selepas sebuah lori tangki minyak meletup di sebuah jalan yang menghubungkan dua bandar besar di Brazil pada Khamis.

Menerusi video yang tular dalam media sosial, insiden itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang sangat dahsyat.

Ia selepas banyak kenderaan tidak boleh meneruskan perjalanan kerana lori tersebut sedang terbakar di tepi jalan raya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tergamak bakar isteri muda Indonesia hidup-hidup gara-gara cemburu buta

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 3 tahun 'terbang' lebih 30 saat lepas terbelit tali layang-layang gergasi

Berdasarkan video berdurasi 21 saat itu, api yang sedang marak di bahagian tangki minyak lori itu secara tiba-tiba meletup dengan sangat kuat.

Malah kelihatan beberapa pengguna jalan raya juga lari bertempiaran selepas lori itu meletup disebabkan kesan daripada insiden terbabit.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @Volcaholic kejadian itu berlaku di jalan BR-010 di antara dua bandar iaitu Paragominas dan Ulianopolis yang terletak di bahagian selatan Brazil.

Letupan itu juga telah menyebabkan tiga individu mengalami kecederaan serius.

Sehingga kini, tiada laporan rasmi daripada media tempatan berkenaan insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram