Fans tak sabar, juara Liga Indonesia tagih sentuhan coach Malaysia


  • Podium
  • Rabu, 03 Jul 2024

Borneo FC menjuarai BRI Liga 1 Indonesia pada musim lalu. — Agensi

JUARA BRI Liga 1 Indonesia, Borneo FC Samarinda memerlukan sentuhan jurulatih Malaysia untuk memperbaiki peratusan dibolosi pada musim baharu liga di negara itu.

Jurulatih tersebut ialah Khairul Nizam Mohd Taib yang dilantik untuk membantu penjaga gol Borneo FC bagi mengharungi saingan baharu BRI Liga 1 Indonesia.

Khairul akan menyertai barisan kejurulatihan Borneo FC yang diketuai oleh bekas Pengarah Teknikal Indonesia, Pieter Huistra.

BACA LAGI: Sri Pahang memang ada masalah gaji, pihak pengurusan sedang usaha sehabis baik — Sumber

BACA LAGI: ‘Dari junior sampai senior lemau’, fans Penang tarik ‘handbrake’, mula seru nama YB

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Borneo FC menerusi akaun rasmi media sosial pasukan itu pada Rabu.

Sebelum ini, Khairul pernah dilantik menjadi jurulatih penjaga gol TRW Kelantan FC pada musim 2022.

Selain itu, Khairul juga pernah berkelana ke bumi Guinea untuk mencungkil bakat terbaik dari Twin Stars Academy of Guinea untuk membolehkan mereka memiliki kontrak profesional pada tahun lalu.

Malah, perkembangan Khairul turut mendapat liputan daripada media negara berkenaan, dan pasukan bola sepak kebangsaan itu berada di tangga ke-80 dunia.

Indonesia

Argawinata merupakan penjaga gol utama Borneo FC dan skuad kebangsaan Indonesia.

Kehadiran Khairul dalam skuad Pesut Etam mendapat sambutan baik dalam kalangan penyokong kelab itu.

Bekas jurulatih Kelantan itu juga akan menurunkan ilmu kepada jurulatih kebangsaan Indonesia, Nadeo Argawinata dan beberapa pemain lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram