[VIDEO] Bengang kena kejar pasal hutang, 2 sahabat bunuh, tanam pegawai koperasi dalam dinding kedai baju di Palembang


  • Benua
  • Rabu, 03 Jul 2024

Mangsa yang bekerja sebagai pegawai koperasi sebuah bank tempatan diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh oleh dua suspek dan mayatnya ditanam di belakang dinding kedai. — Agensi

MISTERI kehilangan seorang lelaki sejak 8 Jun lalu terungkai selepas mayatnya ditemui disimen pada dinding sebuah kedai.

Dalam kejadian yang berlaku di Palembang, Sumatera Selatan itu, mayat Anton Eka Saputra, 25 ditemui selepas 18 hari dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Memetik laporan media antarabangsa, mangsa yang bekerja sebagai pegawai koperasi sebuah bank tempatan dikatakan diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh oleh dua suspek.

BACA LAGI: [VIDEO] Kenderaan milik JAKOA terbabit kemalangan, 4 penumpang tercampak keluar

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba guna peralatan khas keluarkan mayat 4 sahabat bertindih dalam kemalangan di Simpang Renggam

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dikenali sebagai Pongky dan Anton bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan kadar bunga pinjaman hutang yang terlalu tinggi.

Difahamkan, dalang utama pembunuhan tersebut iaitu Anton marah kerana mangsa memintanya membayar bunga pinjaman sebanyak RM 2,881 (10 juta Rupiah) dengan kadar segera dan telah meminta pertolongan daripada Pongky.

Ketua Polis Palembang berkata, pihaknya berjaya menangkap Pongky terlebih dahulu di Kota Batam melalui risikan daripada orang awam beberapa hari selepas Anton dilaporkan hilang.

"Hasil soal siasat bersama Pongky, dia telah mengaku membunuh Anton menunjukkan lokasi mayat mangsa ditanam iaitu di kedai pakaian milik Anton (Distro Anti Mahal).

"Mangsa ditanam di dinding belakang kedai suspek. Anton berjaya ditahan pada Jumaat lalu di Padang, Sumatera Barat Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek kini masih dalam tahanan polis dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Sementara itu, ahli keluarga Anton berharap agar kedua-duanya dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram