Kanak-kanak, 2 remaja hilang dari rumah anak yatim ditemukan di Melaka, dalam jagaan nenek


  • 112
  • Rabu, 03 Jul 2024

Seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari asrama pusat jagaan anak yatim di Kuala Pilah ditemukan di Melaka pada Selasa.

MISTERI kehilangan seorang kanak-kanak dan dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari asrama pusat jagaan anak yatim di Kuala Pilah, Negeri Sembilan terungkai apabila mereka ditemukan di Melaka pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kesemuanya ditemukan dalam jagaan nenek kepada salah seorang daripada mereka pada pukul 9 malam Isnin.

"Kesemua mereka ditahan bersama dua wanita di Balai Polis Simpang Bekoh, Melaka.

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba guna peralatan khas keluarkan mayat 4 sahabat bertindih dalam kemalangan di Simpang Renggam

BACA LAGI: [VIDEO] Padah bermulut puaka, enggan bayar hutang lelaki maut dibakar rakan di Kemboja

"Kanak-kanak dan remaja itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta diserahkan semula kepada pihak pengurusan pusat jagaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan kehilangan kanak-kanak dan dua remaja dari pusat jagaan anak-anak yatim dikendalikan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taman Cemerlang, Kuala Pilah, sejak Jumaat lalu.

Polis menerima maklumat kehilangan kanak-kanak terbabit pada pukul 10.30 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram