SEBAHAGIAN besar utara Israel diselubungi kebakaran selepas serangan roket dilancarkan dari Lubnan oleh kumpulan Hizbullah dengan pasukan penyelamat difahamkan berusaha sejak malam Isnin untuk mengawal api yang marak.
Dalam pada itu, ramai penduduk Israel yang tinggal di bandar berhampiran sempadan Lubnan dipindahkan beberapa bulan lalu berikutan pertempuran yang semakin memuncak antara Israel dan Hizbullah.
BACA LAGI: [VIDEO] Budak pasang impian beraksi bersama Brazil maut ditembak depan ayah pada hari lahir ke
Large fires have once again broken out near Kiryat Shmona in the Galilee due to attacks launched by Hezbollah. pic.twitter.com/RE0VtmeGbM
— The Cradle (@TheCradleMedia) June 3, 2024
Media tempatan melaporkan, beberapa rumah terbakar.
Susulan kebakaran itu, tentera Israel menghantar peralatan dan anggotanya untuk membantu mencegah api merebak dengan cepat akibat cuaca panas dan kering, dengan enam anggota simpanan tentera dilaporkan cedera ringan setakat ini.
“Pasukan dapat mengawal kebakaran dan pada peringkat ini, tiada nyawa manusia yang terancam,” kata tentera.
Pihak berkuasa Israel berkata, kebakaran berkenaan sudah merebak meliputi ratusan ekar.
Dalam perkembangan lain, perkhidmatan bomba negara berkata, anggotanya beroperasi sehingga larut malam di beberapa tempat, termasuk di bandar Kiryat Shmona yang mana mereka cuba melindungi barisan rumah.
Polis berkata, mereka menutup jalan raya dan memberitahu penduduk yang masih berada di kawasan itu untuk berpindah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram