[VIDEO] Polis AS tahan pemandu rempuh 2 penunggang basikal sampai terperosok bawah kereta


  • Benua
  • Khamis, 20 Jun 2024

Tangkap layar video dua penunggang basikal dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan.

SEORANG lelaki yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ditahan oleh pihak berkuasa selepas melanggar dua orang penunggang basikal berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas Fort Worth, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Benjamin Hylander, 31 dituduh merempuh belakan dua penunggang basikal sehingga menyebabkan kecederaan Cynthia, 68 dan Thomas Geppert, 69 selepas mabuk dalam pemanduannya.

Menerusi video yang dikongsikan dalam media sosial, salah seorang daripada mangsa terperosok di bawah kenderaan terbabit selepas pemandu itu meneruskan perjalanannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak dapat pergi Arab Saudi, penduduk kampung di Sulawesi Selatan panjat gunung 'tunai haji'

BACA LAGI: [VIDEO] Tiga buah kapal Rusia berlabuh di Amerika Utara, dikhuatiri cetus krisis nuklear

11

Hylander (baju merah jambu) ditahan oleh pihak polis selepas melanggar dua penunggang basikal dalam keadaan mabuk. — Agensi

Menurut laporan media, saksi kejadian mengejar pemandu berkenaan yang memecut laju selepas melakukan pelanggaran itu untuk kembali ke lokasi kejadian.

Semasa pihak polis sedang membantu kedua-dua mangsa, Hylander berlari sambil menjerit 'saya minta maaf' kepada individu yang terperosok di bawah kenderaan.

Pihak polis berjaya menahan Hylander dengan bantuan warga tempatan dan menggeledah kenderaannya sebelum menemukan enam tin minum keras di belakang tempat duduk penumpang.

Selepas pemeriksaan kereta itu, Hylander telah ditangkap pihak polis serta didakwa dengan dua pertuduhan.

Dua pertudahan itu ialah melanggar dalam keadaan mabuk dan memilik dua senjata berbahaya di kenderaan keretanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram