SEORANG pekerja baharu yang sedang mengambil ujian terpaksa menurunkan ego untuk meminta maaf selepas dimarahi oleh pengurusnya di Indonesia baru-baru ini.
Insiden yang sempat dirakam dan tular di media sosial itu meraih perhatian ramai apabila menyaksikan tindakan pengurus tersebut yang seolah-olah terlalu kasar.
Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @Heraloebss pada Ahad, pekerja lelaki tersebut dilihat melutut dan mengejar pengurusnya itu ketika ditegur kerana merokok di dalam kawasan larangan.
BACA LAGI: 'Hasrat nak PTPTN mansuh tak tercapai, ada sampai minta kurangkan tunggakan jadi RM150'
Tangkap layar video memaparkan pekerja yang memakai beg merah ketika dimarahi pengurus terbabit. — Agensi
Namun, pengurus terbabit kelihatan seperti tidak mahu mendengar penjelasan lelaki terbabit sebelum berlalu pergi selepas memarahinya.
Difahamkan, pekerja terbabit memohon maaf dan meminta agar dia dapat mengikuti kembali prosedur ujian seperti calon yang lain.
Mereka berdua bagaimanapun sudah bermaaf-maafan beberapa jam selepas tularnya video tersebut.
Menerusi video permohonan maaf yang dikongsikan, mereka kelihatan saling berbaik antara satu sama lain serta mengesali kesalahan masing-masing.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram