Tak tahu nak sedih atau ketawa, tangan fans Jerman patah terkena sepakan kencang Niclas Fullkrug


  • Podium
  • Khamis, 20 Jun 2024

Meskipun mengalami kecederaan patah tangan namun Kai Flathmann dilihat berbangga dengan insiden tersebut.

SEORANG penyokong Jerman berdepan nasib malang apabila tangannya patah kerana terkena sepakan kencang penyerang Borussia Dortmund, Niclas Fullkrug.

Menerusi perkongsian di laman X, penyokong yang bernama Kai Flathmann itu mengalami kecederaan terbabit semasa Die Mannschaft menjalani sesi memanaskan badan sebelum aksi Euro 2024 berdepan Scotland pada Sabtu lalu.

Difahamkan, Flathmann yang duduk di barisan hadapan bersebelahan gawang di Allianz Arena terkejut apabila bola yang disepak Fullkrug terkena tangannya.

BACA LAGI: Habuan jutaan ringgit menanti JDT, Selangor beraksi di Asia

BACA LAGI: Aksi bertemu KL City di Paroi jadi medan kebangkitan skuad Jang, amaran awal kepada Sri Pahang

WhatsApp Image 2024-06-20 at 14.11.35

Kai Flathmann (atas) mengalami kecederaan tersebut semasa Jerman menjalani sesi memanaskan badan sebelum aksi Euro 2024 berdepan Scotland.

Keadaan berkenaan menyebabkan dia terpaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jerman dalam keadaan diusung sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

"Saya menyanyikan lagu kebangsaan di atas pengusung, saya tak tahu sama ada nak menangis atau ketawa.

"Malangnya, saya terpaksa lepaskan impian untuk menghadiri perlawanan pembukaan Euro 2024, tapi bila lagi anda akan mempunyai peluang apabila tangan dipatahkan oleh Fullkrug," katanya.

Penyerang Jerman itu bagaimanapun sudah membuat permohonan maaf dengan menghadiahkan jersi kepada penyokong terbabit

Penyerang Dortmund itu kemudiannya membuat penampilan sebagai pemain gantian dan meledak gol keempat buat Jerman.

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan besar 5-1 Jerman ke atas Scotland. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram