[VIDEO] Perang mulut punca 3 warga Israel maut dalam insiden tembakan di Istanbul


  • Benua
  • Jumaat, 24 Mei 2024

Tangkap layar daripada rakaman orang awam di tempat kejadian selepas insiden tembak menembak tersebut.

TIGA individu dilaporkan maut sementara lima yang lain mengalami kecederaan selepas satu kejadian tembak menembak di luar sebuah kafe sekitar Istanbul, Turkiye pada Jumaat.

Insiden difahamkan berlaku selepas berlakunya perang mulut antara dua kumpulan di ibu negara tersebut yang kemudiannya menjadi lebih teruk sehingga melibatkan senjata api.

Berdasarkan laporan awal, ketiga-tiga mereka yang maut merupakan warga Israel, namun perkara tersebut masih belum disahkan dengan siasatan lanjut sedang dilakukan.

BACA LAGI: AFC sokong cadangan Palestin, mahu FIFA gantung Israel dari bola sepak

BACA LAGI: Polis hantar pulang 3 warga asing disyaki terlibat dengan lelaki Israel miliki senjata api

Lima individu yang cedera difahamkan sudah dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Setakat ini, tiada kenyataan dibuat pihak perubatan mengenai keadaan mereka.

Laporan beberapa agensi media antarabangsa menyatakan Kementerian Luar Israel sedang membuat siasatan terhadap dakwaan mengatakan mereka lain yang terlibat berbangsa Arab Israel.

Dalam perkembangan terbaru, kerajaan Istanbul mengesahkan kejadian tercetus akibat pertelingkahan berlaku antara dua kumpulan itu sehingga mengakibatkan kejadian tembak menembak.

"Pergaduhan berlaku pada kira-kira pukul 8.10 malam di Jalan Ayazma, Daerah Uskudar Unalan yang kemudian berakhir dengan berbalas tembakan. Tiga daripada mereka maut dan lima cedera.

"Dua daripada yang tercedera berada dalam keadaan kritikal dengan semuanya sedang menerima rawatan. Siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram