Suami tergamam, isteri menjerit ditumbuk dan diseret sebelum cuba diculik 4 lelaki di Kulai


  • 112
  • Selasa, 07 Mei 2024

Seorang wanita ditumbuk dan diseret sebelum dipaksa masuk sebuah kereta dalam cubaan menculik di depan rumahnya di Kulai pada Ahad.

SEORANG wanita ditumbuk dan diseret sebelum dipaksa masuk sebuah kereta dalam cubaan menculik di sebuah rumah di Taman Lagenda Putra, Kulai, Johor pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kejadian pada pukul 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan, 47, selepas mendengar jeritan isterinya, 47.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang merupakan wanita warga tempatan ditumbuk dan diseret atas jalan raya oleh empat lelaki tidak dikenali disyaki warga tempatan. Suspek turut cuba menarik mangsa masuk ke dalam sebuah kereta namun tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: Ketumbit mitos intai orang, rupanya boleh jadi petanda awal kanser

BACA LAGI: [VIDEO] Lima kampung tenggelam, 15 maut insiden tanah runtuh dan banjir di Indonesia

Beliau berkata, mangsa mengalami luka pada bibir, tangan dan kaki manakala tiada cubaan seperti yang didakwa dalam media sosial.

Katanya, pihak polis sedang mengenal pasti suspek selain menasihatkan pengguna media sosial untuk tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menakutkan orang ramai.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 dan 232 Kanun Keseksaan dan meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat di balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor R Arun 013-3332385. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram