[VIDEO] Kecewa putus cinta, remaja Brazil sanggup redah hujan tikam kekasih dan ibu


  • Benua
  • Isnin, 06 Mei 2024

Tangkap layar video memaparkan kejadian berdarah itu di Brazil pada Jumaat lalu. — Agensi

SEORANG remaja lelaki bertindak di luar kawalan selepas melakukan cubaan membunuh dua wanita di kawasan rumah di Aguas Brancas, Ananindeua, Brazil pada Jumaat lalu.

Suspek yang berusia 17 tahun itu dilaporkan menikam teman wanitanya dan ibu mangsa berkali-kali menggunakan pisau.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan itu, suspek sanggup meredah hujan untuk mengejar dan menyerang mangsa.

BACA LAGI: Bukan setakat penjawat awam, potong juga elaun dan gaji ahli Parlimen kaki ponteng

BACA LAGI: Kepala air di Lahad Datu: 3 pendaki maut, 3 lagi masih hilang

Mangsa juga dilihat berlari dan cuba menyelamatkan diri sambil menjerit ketakutan sebelum ditikam beberapa kali di belakang badan.

Pada masa sama, ibu mangsa yang turut cedera hanya mampu melihat kejadian tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku kerana suspek berang tidak mahu ditinggalkan mangsa yang merupakan kekasihnya.

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

photo_6179047858687293698_y

Kedua-dua mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat dan sempat dibawa ke Hospital Metropolitan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Polis Bahagian Bantuan Kanak-Kanak dan Remaja dalam satu kenyataan berkata, ibu mangsa cedera parah di muka.

"Keadaan mereka dianggap serius. Menurut maklumat ahli keluarga, mereka ditikam beberapa kali menggunakan pisau. Wajah ibu mangsa telah cacat," katanya,

Menurutnya, suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram