SEORANG lelaki cedera parah selepas gagal memanjat pagar rumahnya di Luque, Argentina pada Isnin lalu.
Lebih mengilukan apabila sebelah kaki mangsa, Fernando Caballero tersangkut dan tertusuk jeriji pagar besi tersebut.
Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, kelihatan beberapa pasukan keselamatan cuba menyelamatkan mangsa dengan memotong pagar besi itu.
BACA LAGI: Bapa buntu, mohon bantuan jejak anak gadis hilang dilarikan 3 lelaki naik motor di Pendang
Pasukan keselamatan yang terpaksa memotong pagar tersebut untuk mengeluarkan kaki mangsa. — Agensi
Pada masa sama, mangsa terpaksa menunggu dalam keadaan terbalik sambil dialaskan dengan kerusi.
Menurut laporan agensi, kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam pengaruh alkohol yang sekali gus membuatkannya tidak menyedari tindakan itu.
Namun, pihak bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Luka pada kakinya sangat besar kerana kulitnya terkoyak dari lutut hingga buku lali.
"Tetapi, tiada tulang yang patah malah mangsa tidak sakit walaupun dalam keadaan sedar," kata Bomba Luque.
Mangsa bagaimanapun sedang dalam pemantauan pihak hospital kerana terdapat serpihan besi di dalam kakinya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram