SEJAK akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai 'mat saleh' yang hadir ke Malaysia bukan sahaja untuk bercuti dan mencuba makanan di negara ini, malah tampil untuk membuat konten.
Terbukti mampu menarik perhatian warga Malaysia serta mengumpul jumlah followers yang tinggi antara yang menjadi dorongan buat sesetengah pempengaruh luar memilih Malaysia sebagai destinasi yang dituju.
Walaubagaimanapun, pada Jumaat lepas, seorang pempengaruh, @Marilyn_ruv mengutuk sikap masyarakat di negara ini yang tidak memberinya senyuman ketika berjalan di Melaka.
"Jalan di sini saya rasa satu benda, saya tak fikir orang begitu mesra.
"Saya faham Malaysia ada undang-undang yang ketat tetapi saya rasa pelik dan sedikit tidak selesa," katanya.
Tidak cuma itu, Marilyn turut membandingkan Malaysia dengan negara asalnya, Thailand.
"Saya tinggal di Thailand dan dapat banyak perhatian. Tetapi orang di sini (Malaysia) sama sekali tidak senyum antara satu sama lain dan agak nervous dengan situasi itu.
"Rasanya tiada tandingan antara dua negara itu, haha," katanya.
BACA LAGI: Kaki pancing udang galah lali terserempak buaya, kongsi kisah mistik jumpa makhluk berbulu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam lelaki berkenaan yang menganggap dirinya terlalu popular sehingga memerlukan perhatian daripada semua orang.
"Ah mat saleh, dia ingat orang Malaysia macam pajeets dekat India ke nak worship dorang. Orang Malaysia semua tak kisah," tulis Quasar.
"Anda siapa mahukan semua orang punya perhatian? Selagi kau bukan Siti Nurhaliza jangan harap ya orang nak fokus dekat kau sahaja," tulis Attiahnajwa.
"Bro cuaca panas di Malaysia, takkan nak tiba-tiba senyum waktu berjalan," tulis AZ.
"Pergi negara mereka pun sama sahaja perangai tak ada senyum dekat orang luar. Datang negara orang buat teruk," tulis Zulhilmiezainal. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram