TINDAKAN dua penarik kereta menahan dan mengepung seorang pemandu kereta gagal selepas mereka dirempuh dengan kuat di Indonesia baru-baru ini.
Pemandu itu dipercayai mempunyai tunggakan bayaran kereta selama beberapa bulan.
Menerusi video dikongsikan di aplikasi Telegram, beberapa lagi individu dilihat cuba menghalang pemandu berkenaan untuk keluar daripada kawasan parkir.
BACA LAGI: Angkara kereta sangkut bayar, polis tak puas hati tikam, tembak 2 pemungut hutang
BACA LAGI: Nur Izzah tak kisah tangan terluka, anggap pisau mahu jadi kawan di dapur
Pemandu itu bagaimanapun tidak mempedulikan situasi yang berlaku dan terus merempuh individu serta dua lagi kenderaan berhampirannya sebelum melarikan diri.
Pada masa sama, penarik kereta tersebut berusaha mengejar pemandu terbabit namun masih tidak berjaya.
Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, tindakan agresif itu dilakukan oleh pemilik kereta kerana tidak mahu kenderaannya ditarik.
Kedua-dua pemungut hutang tersebut sebelum ini pernah dilaporkan cedera parah akibat ditembak dan ditikam ketika bertemu dengan peminjam yang merupakan anggota polis.
Ia dipercayai berlaku selepas kejadian menarik kereta tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram