PASUKAN Batalion Malaysia (Malbatt) 850-11 kumpulan kedua tidak berada di kawasan konflik Iran-Israel susulan ketegangan antara dua negara tersebut ketika ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mereka ditempatkan di kawasan yang bukannya bersempadan dengan Lubnan dan Israel.
BACA LAGI: Tentera udara Israel sudah bersedia, mungkin lancar serang balas Iran
Serangan Iran terhadap Israel pada Ahad lalu. — Agensi
BACA LAGI: NSC tak dapat jalankan projek punca kolam selam tempur Kem Iskandar belum siap sepenuhnya
Beliau juga percaya, aspek keselamatan akan dipertingkatkan terutama apabila berlakunya konflik Iran-Israel yang bermula pada 13 April lalu.
"Setakat yang saya terima laporan, mereka berada dalam keadaan selamat kerana pasukan kita berkhidmat dan ditempatkan di dalam sedikit dari kawasan sempadan itu.
"Walau apa pun, kita akan sentiasa memastikan keselamatan mereka sepanjang di sana," katanya dalam sidang media projek perumahan SASaR di Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada 7 November 2023, kumpulan batalion itu ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma'rakah serta Kem Tibnin dan akan melaksanakan misi United Nations Interim Force In Labenon (UNIFIL) khususnya di kawasan tanggungjawab yang ditetapkan.
Kumpulan kedua tersebut juga amat penting dalam usaha untuk merealisasikan komitmen Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku misi pasukan pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya di Lubnan.
Penghantaran Malbatt bagaimanapun tidak melibatkan misi dalam konflik Palestin dan Israel. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram