Kabinet Israel tidak dedah sebab tangguh mesyuarat ketiga tentang serangan Iran


  • Benua
  • Rabu, 17 Apr 2024

Kabinet Israel akan melakukan mesyuarat pada Rabu. — Agensi

SELEPAS dibedil dengan lebih 300 peluru oleh Iran, kerajaan Zionis berjanji mahu membalas semula serangan terhadap negara tersebut pada Ahad lepas.

Itulah janji yang dilaungkan oleh wakil kerajaan Zionis, Herzi Halevi.

"Serangan pada 14 April itu akan disambut dengan tindak balas," jawab Halevi dengan ringkas.

Walaupun telah merancang untuk menyerang balas Iran, namun begitu mereka menanti lampu hijau daripada mesyuarat Kabinet Perang Israel yang dijadualkan pada Rabu.

Memetik laporan Astro Awani, mesyuarat ketiga yang sepatutnya diadakan untuk berbincang mengenai serangan Iran itu sebenarnya dijadualkan pada Selasa tetapi dibawa ke hari esoknya.

BACA LAGI: [VIDEO] Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ditenggelami air, terburuk sejak 1999

WhatsApp_Image_2024-04-07_at_6.18.42_PM

Herzi Halevi berjanji akan menyerang semula Iran. — Agensi

BACA LAGI: AS minta Iran benarkan Israel serang balas demi jaga maruah — Sumber

Pihak Israel juga tidak mengulas lanjut kenapa keputusan itu diambil sedangkan konflik sudah mula memuncak antara mereka dengan Iran.

Berkemungkinan, mereka memerlukan masa untuk merangka strategi bagi membalas semula serangan Iran. Hal ini kerana, Israel tidak akan diberi bantuan dari segi ketenteraan oleh sekutu mereka.

Dalam masa yang sama, Menteri Luar Israel, Israel Katz telah menulis kepada 32 negara untuk mengenakan sekatan terhadap projek peluru berpandu Iran.

Tindakan tersebut diketuai oleh sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat mengesahkan yang mereka tidak akan menyertai serangan balas kali ini. Selain negara Uncle Sam itu, Kesatuan Eropah (EU) turut memilih jalan sama dalam hal ini.

Sebaliknya, Amerika Syarikat dan EU memilih untuk melakukan 'serangan' menerusi sekatan ekonomi dan politik terhadap negara Asia itu disamping tindakan sama terhadap projek peluru berpandu itu.

Pada serangan yang dilakukan pada Ahad, Iran melancarkan lebih 300 peluru berpandu, dron serta peluru berpandu jelajah dari negara mereka ke arah Israel.

Serangan tersebut telah menimbulkan panik dalam kalangan penduduk tanah haram itu tetapi tiada nyawa yang melayang. Sebaliknya, hanya kerosakan kecil yang didapati kepada fasiliti pertahanan Israel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram