[VIDEO] Majlis Aidilfitri bertukar tragedi, 3 cedera berbalas tembakan di taman awam


  • Benua
  • Khamis, 11 Apr 2024

Sambutan Aidilfitri umat Islam di Philadelphia, AS pada Rabu musnah selepas terjadi kejadian tembak-menembak. — Agensi

SAMBUTAN Aidilfitri di sebuah taman awam dekat bandar Philadelphia, Amerika Syarikat (AS) bertukar tragedi apabila berlakunya kejadian tembak-menembak pada Rabu.

Seramai tiga orang cedera dalam kejadian itu, namun polis memberi sebarang petunjuk bahawa majlis tersebut menjadi sasaran tembakan.

BACA LAGI: Tragedi ketika berbuka puasa, dapur gas stimbot tiba-tiba meletup

BACA LAGI: Sakit perut lepas makan 'scramble eggs' rupanya sebab ada 'bangkai' dalam tin susu sejat

Pesuruhjaya Polis Philadelphia, Kevin Bethel berkata, pihaknya bersyukur kerana tidak ramai yang ditembak dan terbunuh ketika itu.

"Kira-kira 1,000 orang berada di taman awam itu bagi meraikan umat Islam (menyambut Syawal) sesudah Ramadan.

"Dianggarkan 30 das tembakan dilepaskan dan apa yang kami tahu, terdapat dua kumpulan penjenayah di dalam taman itu yang saling berbalas tembakan," katanya.

Kevin berkata, ketiga-tiga mangsa termasuk seorang remaja berusia 15 tahun memiliki senjata yang ditembak polis.

Hasil siasatan, sebanyak lima senjata ditemukan dan lima orang ditahan termasuk remaja tersebut.

Dalam pada itu, Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro berkata, Aidilfitri perlu sentiasa menjadi masa kegembiraan bagi umat Islam.

"Saya bersedih bagi pihak warga Muslim Philadelphia yang perayaannya dimusnahkan oleh tragedi keganasan hari ini (Rabu)," tulisnya di akaun Twitter (X). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram