JABATAN Perikanan Malaysia (DOF) mengesahkan bahawa kupang yang ditemui di perairan pantai Port Dickson, Negeri Sembilan dicemari biotoksin berbahaya dan tidak selamat untuk dimakan.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mengambil kerangan seperti lala, kerang dan lokan di kawasan itu selama tiga minggu sehingga ia disahkan selamat.
"Bagaimanapun, rakyat bebas makan ikan, ketam, sotong dan hasil laut lain. Cuba jangan makan bivalvia termasuk lokan, lala dan kerang, selama 20 hari," katanya.
BACA LAGI: 'Saya bukan anggota Lembaga Pengampunan', Saifuddin tak pernah lihat adendum Najib
Kupang di PD dicemari biotoksin yang tidak selamat dimakan orang ramai. — Gambar hiasan
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, ia berdasarkan keputusan yang dijalankan oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur termasuk analisis air di kawasan perairan tersebut.
"Analisis yang telah dijalankan mendapati terdapat alga berbahaya iaitu spesies prorocentrum, alexandrium dan pseudonitzschia.
"Jabatan akan meneruskan pemantauan berterusan dengan melakukan pengujian secara berkala mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sehingga kepadatan sel di dalam air berkurang dan biotoksin di dalam isi kupang tidak dikesan," katanya pada Khamis.
BACA LAGI: Pemilik kereta termenung pencuri selamba bawa lari barang di stesen minyak di Sabah
Ia merupakan kes pertama dilaporkan berlaku di PD. — Gambar hiasan
Aznan berkata, pihaknya juga tidak membenarkan kerangan itu dijual dan dipasarkan dalam pasaran awam.
"Cuma kita membenarkan kawasan lain yang selamat untuk dijual, namun begitu pengusaha perlulah mendapat pengesahan daripada jabatan terlebih dahulu.
"Cuaca panas yang berpanjangan membantu alga tumbuh dengan cepat menyebabkan paras biotoksin juga meningkat secara drastik," katanya lagi.
Wan Aznan berkata, ujian yang dijalankan oleh jabatan itu menunjukkan bivalvia yang menternak dan menangkap ikan di negeri lain seperti Melaka dan Johor selamat untuk dimakan.
"Hanya yang di PD tidak selamat untuk dimakan buat masa ini," katanya.
Katanya, ia adalah kali pertama kes seumpama itu dilaporkan di PD manakala, sebelum ini, terdapat kes pencemaran kupang di Pulau Pinang dan Sabah tetapi ia berpunca daripada jumlah plumbum yang tinggi ditemui di dalamnya.
Tambahnya, terdapat sembilan kes direkodkan dan terkini hanya seorang pesakit iaitu lelaki berusia 70-an masih mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), manakala empat lagi dijangka bakal mendaftar keluar hari ini, bakinya empat sudah keluar pada Rabu. — The Star/ SARBAN SINGH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram