MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan melihat adendum berkaitan tahanan rumah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Saifuddin menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui sebarang maklumat berhubung dokumen tambahan dalam adendum tersebut.
BACA LAGI: 'Tindakan tegas akan diambil', KP Penjara Malaysia jawab dakwaan Najib dapat layanan istimewa

Najib mendakwa bahagian tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah. — The Star
BACA LAGI: 'Pengangkutan awam masih kurang memuaskan tapi dah nak fokus kereta EV'
Beliau juga mengesahkan sudah menerima surat daripada peguam Najib, Tan Sri Shafee Abdullah namun ia bukanlah berkaitan permohonan tahanan rumah.
"Saya tiada maklumat berkaitan dokumen tambahan, dia kata dia ada. Sebab itu saya kata, saya akan teliti setakat mana yang ada pengetahuan kepada kita.
"Saya bukan anggota Lembaga Pengampunan. Saya pun tidak tahu," katanya ketika menjawab soalan tentang tuntutan yang dibuat Najib menerusi permohonan kebenaran semakan kehakiman melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co pada 1 April lalu.
Beliau bagaimanapun mendakwa, terdapat perintah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam pengampunan diraja yang diberikan kepadanya pada 29 Januari lepas iaitu baginda membenarkan Najib menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Sebelum ini, Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya.
Najib turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh. — The Star/MARTIN CARVALHO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
