PENGASUH wanita yang mendera anak perempuan seorang selebriti Instagram berasal dari Malang, Jawa Timur, Indonesia sehingga menyebabkan kecederaan parah mengakui kesalahan mengasari kanak-kanak tersebut.
Pengakuan itu dibuat sambil dia menangis teresak-esak di hadapan majikannya.
Menerusi video dimuat naik di Instagram Emy Aghnia, dia dan suaminya tidak dapat menahan sabar ketika menyoal pengasuhnya berhubung penderaan itu di dalam kereta.
Pengasuh tersebut pada awalnya tidak mahu mengaku, namun terpaksa akur setelah diasak dan dijerkah oleh kedua-dua majikannya.
BACA LAGI: Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh
BACA LAGI: Hajat balik raya tak kesampaian, 2 pelajar Malaysia maut nahas di New Zealand
Dalam video sama, ia lebih menambah kemarahan Emy kerana jawapan yang diberikan seolah-olah tidak sama seperti kecederaan yang dialami anaknya, Jana.
"Apa kamu buat lagi padanya, pukul dan cubit? Baik kamu mengaku cepat!.
"Saya selalu berbuat baik sesama manusia. Kamu sakit, aku belikan ubat, kalau ada makanan sedap selalu saya belikan, selalu ingat kamu," kata Emy.
Namun, dalam hantaran terbaharunya, Emy mendedahkan bahawa kejadian penderaan Jana itu berlaku pada Khamis lalu.
Menurutnya, pengasuh itu mendera Jana selama satu jam di dalam bilik berkunci.
Kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga selepas didera seorang pengasuh wanita. — Instagram/emyaghnia
Sementara itu, Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Malang memaklumkan, pengasuh berkenaan dipercayai bertindak sedemikian gara-gara terlalu geram dengan kanak-kanak tersebut yang enggan disapu ubat untuk menghilangkan parut di badannya.
"Suspek mengakui berasa jengkel dengan mangsa yang tidak mahu mengikut arahannya," katanya pada Sabtu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram