Miliki hak eksklusif Taylor Swift, PM Singapura tidak berniat cetus permusuhan serantau


  • Hiburan
  • Selasa, 05 Mac 2024

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menegaskan perjanjian dengan Taylor Swift bukan untuk cetus permusuhan dengan negara jiran.

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menegaskan bahawa langkah negaranya menyediakan insentif untuk membuat konsert Taylor Swift bukan berniat untuk mencetuskan permusuhan dengan negara-negara jiran.

Lee Hsien Loong berkata, agensi kerajaan telah berunding dengan pihak bintang pop itu untuk membuat konsert di Singapura dan menjadikan republik itu satu-satunya venue di Asia Tenggara.

"Pengaturan itu telah terbukti sangat berkesan. Saya tak melihatnya sebagai satu permusuhan dengan negara jiran," katanya dalam satu Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia pada Selasa.

BACA LAGI: Sibuk urus 2 kerja tak halang Zarina cipta nama jadi pendaki wanita tunggal tawan gunung lebih 6,000 meter

taylor-swift-performs-onstage-for-night-one-of-taylor-swift-news-photo-1689066293

Taylor Swift menggegarkan konsert The Eras Tour di Singapura.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak sangka ini perbualan terakhir kita', abang pilu adik maut terbabas rempuh pembahagi jalan di Jambatan Pulau Pinang

Terdahulu, Singapura didakwa memiliki hak eksklusif ke atas Taylor Swift, selepas membuat perjanjian dengan pihak penyanyi itu untuk tidak menganjurkan konsert jelajah dunia di mana-mana negara Asia Tenggara, kecuali di republik Singapura.

Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin mengetahui hal itu selepas dimaklumkan oleh penganjur konsert Taylor Swift: The Eras Tour, AEG Presents.

Manakala Filipina menyifatkan, tindakan Singapura itu sebagai satu hal yang tidak wajar dilakukan.

Kementerian Budaya, Komuniti dan Belia Singapura (MCCY) kemudiannya menjelaskan, pihaknya mengenal pasti wujudnya permintaan yang tinggi daripada rakyat Singapura dan peminat Swift di seluruh rantau ini.

“Justeru MCCY bekerjasama dengan AEG Presents, dengan disokong Lembaga Pelancongan Singapura (STB) melalui penawaran geran," katanya.

Taylor Swift ketika ini berada di Singapura untuk menjayakan konsert The Eras Tour selama 6 hari iaitu 2, 3, 4, 7, 8 dan 9 March 2024. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram