'Apa alasan Jasmine Suraya dapat 'layanan istimewa ke LA'?, wanita peringat keringat buat 4 kerja nak tanggung yuran master


  • Massa
  • Isnin, 25 Mac 2024

Seorang pelajar mengakui terpaksa membuat empat pekerjaan semata-mata untuk membiayai kos yuran pengajian bagi program ijazah sarjananya. — Gambar hiasan

TIDAK semua orang beruntung dapat dilahirkan dalam kehidupan yang senang. Realitinya, setiap individu ujiannya berbeza-beza.

Seperti yang dilalui oleh seorang pengguna laman X (Twitter) dengan nama akaun Lyna Amalina, dia mengakui terpaksa membuat empat pekerjaan semata-mata untuk membiayai kos yuran pengajian bagi program ijazah sarjananya.

Kongsinya, dia pernah bekerja di bahagian penilai keselamatan, penghantar makanan dengan berjalan kaki untuk sebuah syarikat p-hailing terkemuka, perunding media sosial dan pembantu peribadi dalam talian.

Meskipun masanya terpaksa dibahagikan antara pembelajaran dan pekerjaannya, wanita itu mampu berbangga dengan kejayaannya menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama.

"Dua bulan jadi penghantar makanan pada tahun 2021 untuk kumpul duit nak bayar yuran ijazah sarjana (master). Siang kerja sepenuh masa, petang ada kelas. Alhamdulillah, saya berjaya melakukannya," ciap Lyna Amalina.

WhatsApp Image 2024-03-25 at 15.20.57

Tangkap layar ciapan Lyna Amalina di laman X pada Isnin.

Sebelum membuat keputusan untuk belajar sambil bekerja, dia sebelum ini juga pernah berusaha untuk membuat pinjaman daripada agensi kerajaan berkaitan termasuk pihak politik sebagai dana pengajian.

Bagaimanapun cubaannya menemui titik kegagalan.

"Saya dulu kerja penghantar makanan kot nak bayar master. Hubungi (pusat) zakat, Mara (Majlis Amanah Rakyat), hantar e-mel kepada ahli politik, nak minta beri pinjaman sementara pun tidak mengapa.

"Semua tak berhasil jadi akhirnya perah keringat sendiri," luahnya.

Justeru, graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu dilihat kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan yang sedang mempertimbang langkah untuk membantu pelakon wanita, Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, menyambung pengajiannya di peringkat ijazah sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles di Amerika Syarikat.

Dia sebaliknya berpendapat, kerajaan seharusnya mengutamakan pelajar yang datang dari keluarga susah untuk dibiayai pelajaran mereka terlebih dahulu.

"Malaysia ini ramai cerdik pandai tak mampu bayar yuran, sambung belajar. Kenapa yang seorang (Jasmine Suraya) ini istimewa pula?" soalnya.

STRICTLY DO NOT USE! FOR STAR2 ENTERTAINMENT COVER & PAYWALL EXCLUSIVE! Photoshoot with actress Jasmine Suraya Chin at Beta KL, Fraser Place. AZMAN GHANI / The Star

Jasmine Suraya

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, pihaknya sedia membantu Jasmine Suraya jika perkara dikemukakan adalah bersesuaian.

Bintang berasal dari Kuching, Sarawak itu juga dikatakan terpaksa menjual beberapa barangan peribadi mewah termasuk kereta bagi menanggung kos pengajiannya selama setahun di Los Angeles yang menelan belanja RM400,000 bermula bulan depan.

Untuk rekod, beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram