[VIDEO] Dapat job dalam Telegram, suspek serangan Crocus mengaku diupah RM25,000, dipercayai bekas tentera Ukraine


  • Benua
  • Ahad, 24 Mac 2024

Serangan dilakukan di sebuah dewan di Crocus, Moscow, Rusia pada Sabtu. — Agensi

SERAMAI empat suspek dilaporkan sudah ditahan selepas membuat serangan berdarah di lokasi konsert Dewan Bandar Raya Crocus berhampiran Moscow, Rusia pada Sabtu.

Serangan tersebut berlaku kurang seminggu selepas Presiden Vladimir Putin memenangi pilihan raya Rusia.

Setakat ini, media antarabangsa melaporkan serangan itu mengorbankan sejumlah lebih 150 orang termasuk kanak-kanak.

Menurut beberapa saksi, mereka terpaksa berpura-pura mati untuk menyelamatkan diri dalam serangan itu.

BACA LAGI: Kate Middleton dedah hidap kanser, pemimpin dunia titip ucapan semangat

Berdasarkan laporan agensi, Putin menyalahkan Ukraine terhadap kejadian yang berlaku serta mengisytiharkan hari berkabung negara pada Ahad.

Kesemua suspek turut didedahkan identitinya menerusi video yang dikongsikan di media sosial, antaranya ialah Makhmadrasul Nasridinov, 37, Rivozhidin Ismonov, 51, Shohinjonn Safolzoda, 21 dan Rustam Nazarov, 29.

Dalam video tersebut, seorang daripada suspek dipercayai bekas tentera Ukraine, Rustam mengaku bahawa mengikuti seorang pendakwah yang berkemungkinan beragama Islam di Telegram.

Dia kemudiannya mendakwa, dicadangkan untuk melakukan pembunuhan di Rusia sambil ditawarkan bayaran upah sebanyak RM25,000.

BACA LAGI: Tragedi 2015, 'Pesta Api Neraka' ragut nyawa pengunjung taman tema air

GJYEnfJXYAAjUqE

Salah seorang suspek yang ditahan, Rustam. — Agensi

Dakwanya, Crocus menjadi lokasi serangan yang diarahkan individu yang digelar sebagai 'pendakwah' di Telegram tersebut.

Pada masa sama, kelihatan juga suspek diseksa ketika ditahan pihak berkuasa Rusia sebelum sempat melarikan diri.

Lebih mengerikan, terdapat klip video memaparkan suspek yang berlumuran darah kerana telinganya dipotong dengan pisau kecil dan dipukul oleh tentera Rusia.

Sementara itu, Jawatankuasa Siasatan Rusia berkata, empat lelaki yang disyaki melakukan serangan itu ditangkap semasa cuba melintasi sempadan Rusia menuju ke Ukraine.

Dalam ucapan di televisyen, Putin berkata 11 orang telah ditahan setakat ini, termasuk empat lelaki bersenjata terbabit.

Terdahulu, kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu tanpa mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

"Pasukan khas dan agensi penguatkuasaan undang-undang di rantau Bryansk iaitu di sempadan Rusia menahan empat suspek daripada kalangan mereka yang melakukan serangan pengganas di dewan konsert Crocus," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram