SELAIN kejadian letupan loji nuklear terbesar di Ukraine pada 1986, Rusia pernah digemparkan dengan insiden sama yang meninggalkan kesan buruk kepada rakyatnya.
Menerusi video temu bual dikongsikan di Twitter (X) @morbidknowledge pada Ahad, dua kejadian nuklear di Russia itu tanpa sedar memberi penderitaan kepada seorang penduduk di New Muslyumovo, Chelyabiksk.
Lelaki yang bernama Vakil Batirshin itu dilihat menghidap penyakit kelenjar yang teruk di muka, leher dan juga tangannya akibat terdedah dengan radioaktif.
BACA LAGI : Harga beras import turun antara RM2 hingga RM3 bermula Rabu
Gambar Vakil (kiri) dan isterinya (kanan) yang diambil pada 2017. — Agensi
Rumah Vakil dikatakan terletak berhampiran dengan loji nuklear iaitu Mayak.
Namun, berdasarkan laporan dikeluarkan agensi, pakar alam sekitar menyatakan bahawa Mayak menggunakan air Sungai Techa yang terdedah kepada bahan radioaktif akibat pembuangan sisa proses semula bahan api.
Terdapat dakwaan bahawa Mayak melepaskan bahan radioaktif ke sungai tersebut yang terletak berhampiran dengan kawasan penduduk setempat.
Ia dikatakan selepas loji tersebut sudah tidak dapat beroperasi lagi.
BACA LAGI : Harga barang kami jual tidak akan naik sebab SST meningkat — Ameer Ali Mydin
Interview with a Russian man called Vakil Batirshin who suffers from massively swollen lymph nodes caused by a radiation-related illness. pic.twitter.com/yxgvZRqFhA
— Morbid Knowledge (@Morbidful) March 17, 2024
Akibat pendedahan bahan radioaktif itu, kadar kromosom tidak normal, kecacatan kelahiran dan penyakit kanser meningkat selama lebih empat dekad.
Disebabkan itu, seorang pekerja terdedah kepada radioaktif di kawasan rumahnya terpaksa menanggung sakit malah kedua-dua kakinya dipotong pada 1953.
Bukan itu sahaja, pada 1957, berlaku juga satu lagi kejadian letupan tangki mesin penyejuk dikenali sebagai 'Bencana Ksyhtym' sehingga menyebabkan bahan radioaktif merebak.
Namun, kerajaan Rusia dikatakan bertindak untuk tidak menyebarkan berita tentang kejadian malang yang menjejaskan kira-kira kehidupan kira-kira 450,000 orang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram