[VIDEO] Aksi lagak ngeri tak menjadi, stuntman hilang nyawa di air terjun Niagara ketika cuba kumpul dana untuk bantu gelandangan


  • Benua
  • Khamis, 21 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan detik-detik akhir ketika Robert melakukan lagak ngeri berkenaan yang meragut nyawanya di air terjun Niagara pada 1 Oktober 1995. — Agensi

PADA 1995, seorang pelaku lagak ngeri, Robert Overacker memiliki satu misi murni dalam usahanya bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu yang dihadapi gelandangan di Amerika Syarikat.

Dalam merealisasikan usaha tersebut, dia merancang satu aksi berani yang menyaksikan dia bakal terbang dari pinggir air terjun Niagara di Ontario Kanada dengan gaya luar biasa.

Dalam rencananya itu, Robert, 39, dilaporkan bakal menaiki jet ski dengan kelajuan tinggi ke arah pinggir air terjun terbabit yang merupakan antara tertinggi di dunia.

Selepas itu, dia kemudiannya dirancang menggunakan payung terjun dan mendarat dengan selamat di atas air.

Sebagai graduan daripada sekolah lagak ngeri di California, Robert dilihat sememangnya merupakan individu yang berkemahiran untuk melakukan aksi berkenaan.

Pada masa sama, dia juga dilaporkan sudah melakukan perjalanan dua kali ke air terjun berkenaan untuk aksi berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga mengamuk, siap ugut nak pancung kepala penguat kuasa gara-gara isu lesen

WhatsApp Image 2024-03-21 at 10.43.21 PM

Rakaman aksi Robert menunggang jet ski ke arah pinggir air terjun Niagara. — Agensi

Bagaimanapun, dalam kedua-dua percubaannya itu, dia diingatkan kesemua rakannya bahawa lagak ngeri tersebut adalah terlalu berbahaya untuknya.

Namun, selepas tujuh tahun merancang termasuk dengan dua percubaan awal yang gagal, Robert akhirnya membuat keputusan untuk melakukan aksi gila itu pada 1 Oktober 1995.

Dalam rancangan tersebut, selain memakai alat keselamatan termasuk payung terjun, Robert turut dilengkapi dengan mesej yang tertulis 'Selamatkan Gelandangan' semasa melakukan aksi berkenaan.

Semasa hari kejadian, dianggarkan seramai 2,000 hingga 3,000 pelancong berada di lokasi yang sememangnya merupakan destinasi tumpuan.

Tepat pukul 12.35 tengah hari, Robert terus memulakan aksinya seperti yang dirancang dengan menaiki jet ski menuju ke arah pinggir air terjun berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang paling ditakuti oleh rakan dan ahli keluarganya benar-benar berlaku.

Ia selepas usaha untuk berpisah dari jet ski dinaikinya itu gagal apabila payung terjun yang dipakai di badannya tidak dapat diaktifkannya seperti yang sepatutnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Kotak hitam helikopter APMM terhempas di Klang masih belum ditemui

WhatsApp Image 2024-03-21 at 10.42.57 PM

Robert Overacker. — Agensi

Situasi itu menyebabkan dia terus terikat bersama kenderaan tersebut dan jatuh ke bawah pada ketinggian 55 meter.

Insiden menyayat hati itu turut berlaku di depan mata abang dan seorang rakannya yang hadir di lokasi bagi menyaksikan lagak ngeri berkenaan.

Menurut pegawai Polis Niagara Falls Park, Tom Detenbeck, impak kejatuhan pada ketinggian berkenaan adalah seperti merempuh simen.

Penolong pengurus besar di lokasi air terjun berkenaan, Lawrence McGinn melahirkan kekesalan atas insiden yang berlaku.

“Saya agak tidak gemar untuk melihat lagak ngeri sebegini. Saya fikir pada kebanyakan kes, manusia akan tewas di 'tangan' air terjun ini,″ ujarnya.

Secara purata, seramai 20 hingga 30 kematian direkodkan berlaku di air terjun Niagara.

Kebanyakan kematian tersebut disumbang oleh kes bunuh diri dengan kadar kematian bagi aksi lagak ngeri di lokasi tersebut adalah 25 peratus. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram