Alves ke penjara, kematian Na Chul dan kehebatan Tom Cruise kata kunci dicari hari ini!


  • Relaks
  • Ahad, 22 Jan 2023

Dani Alves hilang kariernya dengan sekelip mata.

KATA kunci yang menjadi carian paling popular pada hari pertama Tahun Baharu China menarik perhatian ramai. Ia merangkupi pelbagai kisah melibatkan personaliti terkenal dunia.

Berikut Majoriti sediakan untuk tatapan anda:

1. Na Chul

Na Chul, seorang pelakon yang menempah nama dalam industri seni Korea Selatan telah meninggal dunia pada 21 Januari.

Beliau sedang menjalani rawatan kesihatan di hospital sebelum diumumkan telah menghembuskan nafas terakhir dan berita ini tentu sekali memberi impak buat peminatnya.

na chul

Na Chul menunjukkan kehebatannya sama ada di pentas teater mahu pun di dalam drama

Selepas membuat kemunculan pertamanya sebagai pelakon teater pada tahun 2010, Na Chul telah muncul dalam pelbagai drama Korea Selatan seperti Vincenzo, Hospital Playlist 2 dan Little Women.

Pengebumian akan diadakan pada 23 Januari 2023 di Rumah Pengebumian Hospital Universiti Soonchunhyang di Seoul.

Punca sebenar kematiannya masih lagi tidak diketahui.

2. Tom Cruise

Umum mengetahui bahawa Tom Cruise, seorang pelakon serba boleh melakukan lagak ngeri sendiri.

Namun, adakah pembaca Majoriti tahu sebenarnya untuk Mission Impossible 2, pengarah John Woo mahu menggunakan pelakon lagak ngeri dan tipu helah kamera tetapi Tom Cruise bertegas untuk melakukannya sendiri?

tom

Tom Cruise dalam filem Mission Impossible 2

Akhirnya, John Woo memberi peluang kepada beliau untuk melakukannya kerana kagum dengan keberanian beliau, meskipun pada awal tahun 2000 ia merupakan sesuatu yang baharu kepada pengarah tersebut.

Salah satu detik bahaya dalam filem tersebut apabila beliau yang membawa watak Ethan Hunt, memecut laju melalui api di atas motorsikal tanpa mengikut prosedur keselamatan termasuk tidak memakai gel keselamatan khas.

Bukan sahaja itu, beliau juga dikatakan berbohong kepada ejen insurans filem dengan memberitahu yang kru lagak ngeri mengendalikan babak itu, sedangkan beliau membuat 95 peratus adegan aksi filem tersebut.

3. Dani Alves

Bekas pemain bola sepak Brazil, Dani Alves dihukum penjara di Barcelona kerana merogol seorang wanita pada hujung tahun lepas.

Seorang wanita berusia 23 tahun daripada Barcelona mendakwa Alves melakukan perbuatan terkutuk itu di bilik air VIP di sebuah kelab malam di Sutton pada 31 Disember 2022.

Menurut Spanish daily La Vanguardia, wanita berkenaan mendakwa dia juga ditampar, dihina dan dimalukan ketika kejadian tersebut.

alves

Alves dibuang serta merta

Berikutan kes ini, kelab bola sepak Mexico, Pumas Unam mengumumkan pihaknya menamatkan kontrak Alves serta merta.

Alves akan dibawa ke penjara Brians 1, di mana penjara tersebut terkenal dengan 'kekejaman' terhadap bekas banduan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram