[VIDEO] Lain macam tunjuk cara sayang, aksi 'stunt' bapa lambung anak macam Superman


  • Benua
  • Isnin, 28 Nov 2022

Tangkap layar video seorang lelaki melakukan aksi lagak ngeri ke atas anaknya di India baru-baru ini.

SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak mereka.

Namun, niat tidak menghalalkan cara jika ia dilakukan secara berbahaya sehingga mengancam nyawa anak-anak.

Baru-baru ini, seorang bapa di India tanpa berfikir panjang melakukan aksi lagak ngeri atau stunt ke atas anak lelakinya.

Menerusi video tular, lelaki tersebut pada mulanya bertindak melambung tinggi anak lelakinya ke udara.

Rakaman berdurasi 32 saat itu juga memaparkan, lelaki tersebut mengimbangi badan kanak-kanak berkenaan di atas sebelah tapak tangannya.

Ketika melakukan perkara itu, lelaki tersebut kemudian menjatuhkan badan anaknya sebelum disambutnya secara pantas.

Selepas itu, dia juga sekali lagi dilihat melambung semula kanak-kanak berkenaan sebelum memeluknya.

Aksi bahaya yang dipercayai berlaku di India itu menimbulkan kegusaran dan kemarahan orang ramai, sekiranya kanak-kanak tersebut terjatuh ke atas lantai yang seterusnya menyebabkan kecederaan.

Rakaman itu dikongsi di laman Twitter dan mengumpul lebih 378,000 tontonan dan hampir 7,000 tanda suka (likes).

Video penuh tentang aksi lagak ngeri itu boleh ditonton di Facebook Majoriti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram