MB minta Perak dikecualikan moratorium eksport NR-REE elak kehilangan sumber negeri


  • Primer
  • Selasa, 19 Mac 2024

Lombong NR-REE yang terletak di Mukim Kenering, Gerik, Perak.

KERAJAAN Perak meminta untuk dikecualikan daripada morotarium mengeksport unsur nadi bumi bukan radioaktif (NR-REE) ke luar negara bagi mengelak kehilangan sumber pendapatan negeri.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusannya berhubung perkara itu telah dinyatakan dalam mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

"Saya menjelaskan, dengan hasil penjualan bahan mentah itu, Perak menerima bayaran royalti RM25.2 juta tahun lepas (2023), dan disebabkan itu, Kerajaan Persekutuan tidak boleh menghalang Kerajaan Negeri daripada mengeksport produk itu.

"Saya mohon Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar terlebih dahulu mengecualikan Perak daripada moratorium eksport sehingga ada dasar yang ditetapkan oleh kementerian.

“Kedua, kementerian mesti menubuhkan entiti yang menjadi pembeli bahan NR-REE," katanya selepas melancarkan Majlis Penyerahan Sumbangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Pelancaran Pra-pesanan Jualan Rahmah Aidilfitri dan Prapelancaran Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Ibu Pejabat, Perak SADC pada Selasa.

BACA LAGI: Sultan Johor dipilih jadi Yang di-Pertuan Agong ke-17

2600151

Saarani meminta untuk NR-REE Perak dikecualikan daripada morotarium. — The Star

BACA LAGI: Pemangku Sultan Johor titah pihak berkuasa ambil tindakan isu stoking kalimah ALLAH

Beliau juga diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad di Parlimen minggu lalu bahawa semua kerajaan negeri diingatkan supaya mematuhi moratorium eksport NR-REE yang berkuat kuasa sejak 1 Januari lepas.

Katanya, surat peringatan mengenai perkara itu telah dikeluarkan kepada semua kerajaan negeri pada 6 Mac lalu.

Saarani berkata, pelabur juga telah menghubungi wakil negeri untuk kepentingan mereka untuk melabur di kilang perindustrian berkaitan aktiviti huluan dan hiliran NR-REE.

"Kita akan lihat perkara ini secara serius. Insya-ALLAH kita akan jumpa dengan kementerian (Sumber Asli dan Kelestarian Alam) untuk memberi keistimewaan kepada negeri Perak bagi mendahului (membina kilang memproses NR-REE) kerana kita dah ada barang tetapi tak boleh eksport.

"Kita mesti ada badan yang sanggup membeli dan memprosesnya dalam negara. Jadi kita harap kementerian akan bersetuju dengan pendirian kita," katanya. — The Star/MANJIT KAUR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram