Apa itu REE dan pembongkaran 2 kes kecurian unsur nadi bumi


  • Massa
  • Jumaat, 11 Ogos 2023

Nilai unsur REE di dalam negara dianggar mencecah lebih RM60 bilion. — Gambar hiasan

PADA 16 Jun lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan bahawa nilai sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang dimiliki negara dianggar mencecah lebih RMRM809.6 bilion..

Katanya, berdasarkan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), jumlah keseluruhan bahan semula jadi tersebut yang berada di Malaysia adalah sebanyak 16.1 juta tan.

Katanya, REE itu boleh ditemui di 10 negeri di dalam negara iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Berbanding dengan bahan semula jadi lain seperti petroleum dan bijih timah, kewujudan unsur nadi bumi dilihat tidak begitu popular dan diketahui dalam kalangan rakyat Malaysia.

Situasi tersebut disumbangkan antara lain kerana penerokaan terhadap sumber semula jadi itu di dalam negara boleh dikatakan masih agak terhad.

northern_rare_earths_co_mine_in_china_sina_13_10_20-4

China merupakan negara pengeluar terbesar unsur nadi bumi di dunia dengan penguasaan sekitar 70 peratus daripada keseluruhan pasaran. — Agensi

Selain itu, berbanding dua sumber semula jadi yang disebutkan sebentar tadi, kepentingan unsur logam REE juga disifatkan baru mula disedari sejak kira-kira sedekad lalu, selari dengan keperluan pembuatan teknologi terkini dan masa depan.

Secara umumnya, REE terdiri daripada 17 unsur kimia terdiri daripada Scandium, Yttrium, Lanthanum, Cerium, Praseodymium, Neodymium dan Promethium.

Pada ketika ini, aktiviti perlombongan bahan logam tersebut dikawal antaranya di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral Negeri, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Kegiatan perlombongan itu juga tertakluk kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS) oleh JMG.

Nilai REE

Pada waktu ini, penerokaan terhadap industri REE di dalam negara masih berada di peringkat awal dengan kebanyakan aktiviti dijalankan lebih tertumpu terhadap aktiviti perlombongan semata-mata.

Bagaimanapun, untuk membolehkan Malaysia mendapat pulangan optimum daripada bahan tersebut, negara perlu melengkapkan pembangunan industri terbabit khususnya melibatkan aspek pemindahan teknologi, kepakaran, penyelidikan, pengkomersialan dan inovasi.

Pada tahun lalu, kerajaan memaklumkan bahawa pengeluaran sumber REE negara hanya mencapai sekitar 21 tan metrik sehingga 1,645 tan metrik sahaja.

Jumlah tersebut dilihat jauh berbeza berbanding dengan China yang anggaran pengeluaran tahunannya dalam tempoh empat tahun dari 2018 hingga 2021 adalah mencecah 120,000 tan metrik hingga 168,000 tan metrik setahun.

China merupakan negara yang memiliki deposit terbesar sumber logam terbabit dengan ia dianggarkan menguasai sekitar 70 peratus daripada keseluruhan pengeluaran bahan tersebut dalam pasaran dunia.

Dalam pada itu, bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, harga sumber asli tersebut dijangka merekodkan peningkatan melebihi 700 peratus dalam tempoh 20 tahun.

Katanya, ini kerana REE bakal terus mendapat permintaan yang tinggi terhadap sektor pembuatan dalam penghasilan teknologi terkini seperti kereta elektrik, komputer, telefon pintar, industri bateri, magnet berintensiti tinggi dan pembuatan kaca.

Bahan logam semula jadi ini juga amat penting terhadap pembangunan teknologi hijau yang meliputi pembuatan produk dan alatan mesra alam sekitar.

Great Wall Motor Ltd.'s Ora Good Cat electric vehicle is charged at the company's charging station at Siam Square in Bangkok, Thailand, on Wednesday, Jan. 18, 2023. Thailand’s use of electric vehicles have risen continuously, with battery electric vehicle registration at 15,423 units in the first 10 months of 2022. Photographer: Luke Duggleby/Bloomberg

Bahan unsur nadi bumi mempunyai kepentingan yang tinggi terhadap pembuatan teknologi hijau termasuk dalam pengeluaran kereta elektrik. — Gambar hiasan

Bagaimanapun, dalam keghairahan negara untuk membangunkan industri REE, terdapat pihak yang mengambil kesempatan apabila bertindak mencuri hasil sumber negara itu dengan melakukan perlombongan secara haram.

Pada 30 Julai lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan akan memanggil lebih ramai saksi bagi membantu siasatan berhubung kejadian kecurian sumber semula jadi yang berlaku di negeri Kedah.

Ia selepas pihak berjaya membongkar kegiatan kecurian unsur REE di Bukit Enggang, Sik, Kedah apabila merampas sebuah lori dengan muatan 185 guni disyaki mengandungi REE.

SPRM sebelum itu juga telah seorang pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang pengarah wanita sebuah syarikat bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam kes tersebut.

Media pada Oktober tahun lalu mendedahkan mengenai kegiatan kecurian REE di tempat sama yang dianggar melibatkan kerugian mencecah RM3.5 juta.

Terbaharu, selain di Bukit Enggang, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 10 Ogos lalu mendedahkan berlaku satu lagi kejadian kecurian REE di Kampung Bendang Man, Sik yang juga tapak ladang milik MBI Kedah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram