SEORANG remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik di bawah kolong sebuah rumah dalam kejadian di Kampung Datu Pangeran Batu 7, Sandakan, Sabah pada Isnin.
Remaja berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum sepasukan anggota bomba hadir untuk mengangkat mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.03 pagi untuk bantuan mengangkat mangsa.
BACA LAGI: 'la sama sekali bukan tangkap basah', Ruhainies nafi dakwaan kontroversi bersama Aliff Aziz
"Seramai enam anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh sembilan kilometer dari BBP Sandakan.
"Pasukan bomba yang hadir bertindak mengangkat mangsa menggunakan pengusung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Severinus berkata, operasi tersebut ditamatkan pada pukul 11.59 pagi bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram