PELIK tapi benar. Itu ungkapan tepat bagi menggambarkan misteri kehilangan seorang lelaki bernama Naoyuki Kanno.
Kejadian pada tahun 1989 itu berlaku di sebuah perkampungan kecil Miyakoji yang terletak di pinggir Jepun.
Kisah bermula ketika seorang guru sekolah rendah bernama Yumi Tanaka menggunakan bilik air di asramanya.
Guru wanita berkenaan kebiasaannya akan menggunakan tandas tersebut pada pukul 6 petang sejurus selesai mengajar.
Untuk rekod, paip di tandas kediamannya itu berbentuk U dan bersambung dengan tangki septik di luar.
Semasa menggunakan tandas tersebut, Yumi dilaporkan terkejut selepas melihat satu penampakan yang aneh di bawah lubang tandasnya.
Dia kemudian memutuskan untuk memeriksa tangki septik di luar sebelum menjerit ketakutan apabila melihat sepasang kaki manusia.
Mendengar teriakan itu, rakan-rakannya bergegas ke arah Yumi, bagaimanapun lelaki yang berada dalam paip itu langsung tidak berganjak.
Apabila polis tiba, mereka cuba menariknya keluar tetapi tidak berjaya kerana lelaki berkenaan tersepit di dalam paip yang hanya kira-kira 36 sentimeter luasnya.
Lelaki itu ialah Naoyuki. Lebih memeranjatkan, dia berada dalam keadaan berbogel dan terdapat baju kot yang dilipat kemas ditekan ke dadanya sambil wajahnya menghadap ke arah lubang tandas.
Naoyuki yang berusia 26 tahun itu didapati sudah tidak bernyawa lagi.
Pihak berkuasa kemudian memanggil anggota bomba sebelum menggunakan jengkaut dan kren untuk menggali serta memotong paip tandas itu.
Selepas berjaya dikeluarkan, dia terpaksa dibersihkan sebanyak dua kali disebabkan tubuhnya dipenuhi dengan najis.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat habiskan solat isyak, nenek temui ajal ketika berjemaah
Kebanyakan rumah di Jepun pada zaman dahulu menggunakan tandas jenis cangkung. — Agensi
Pihak berkuasa mendapati tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan Naoyuki ditolak ke dalam paip, sebaliknya badannya hanya lebam dan calar di siku serta kaki.
Untuk rekod, pekerja di sebuah syarikat penyelenggaraan tenaga nuklear tersebut kali terakhir dilihat empat hari sebelum ditemui mati.
Dia meninggalkan rumahnya selepas memberitahu ayahnya dia mahu keluar sebentar.
Gara-gara tidak dapat dihubungi selama tiga hari, ibu bapanya mencari dan menemui kereta Naoyuki di tempat letak kereta rumah ladang.
Naoyuki Kanno
Memandangkan pihak berkuasa tidak dapat menemui sebarang bukti jelas menunjukkan bahawa dia melakukan jenayah, justeru kes itu disimpulkan sebagai kematian akibat hipertermia.
Mereka turut mendakwa Naoyuki bertindak merangkak ke dalam paip untuk mengintip bahagian sulit wanita.
Lebih 4,000 penduduk kampung ketika itu meminta kes itu disiasat semula, namun ia tidak pernah dilaksanakan.
Kes itu akan kekal sebagai misteri dan tidak akan dibuka lagi kerana sudah melepasi statut pengehadan Jepun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram