[VIDEO] Umat Islam Indonesia sudah mula tarawih, berpuasa seminggu awal berbanding Malaysia


  • Benua
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta menunaikan solat Tarawih pada Rabu lalu. — Agensi

KETIKA umat Islam seluruh dunia sedang sibuk melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan dalam beberapa hari lagi, ada sebahagian penduduk Jogjakarta, Indonesia sudah mula menunaikan ibadah puasa sejak Rabu.

Memetik laporan media antarabangsa, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Jogjakarta sudah mula menunaikan solat tarawih pada 6 Mac sekali gus menjadikan tarikh 1 Ramadan bagi mereka bermula pada Khamis.

Hal tersebut tular selepas video perkongsian jemaah masjid berkenaan menunaikan solat tarawih dimuat naik di platform TikTok.

Imam Masjid Aolia, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Benu berkata, solat tarawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat tarawih yang dilakukan di lokasi lain.

“Semua sama dengan saya, saya menjadi imam itu, masing-masing ada imam yang diwakilkan kepada saya.

“(Solat tarawih) saya dengan witirnya itu 23 rakaat. Sebaiknya kita saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan," tambahnya.

BACA LAGI: Amalkan... Mustajab doa 10 minit terakhir sebelum buka puasa

BACA LAGI: Tadahlah tangan ketika Ramadan, ketahui senarai doa ketika berbuka dan bersahur

Selain itu, sejumlah jemaah lain juga turut mengadakan solat Tarawih di masjid sekitar 20 meter dari rumah imam itu.

Menurut KompasTV, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa'ban Nuroni pernah berkata, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia walaupun terdapat perbezaan pendapat mereka.

“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” kata Sa’ban dipetik dari Tribun Jogja.

Beliau juga berharap umat Islam lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia kerana haya mereka memahami perbezaan ini.

Berbanding Indonesia, umat Muslim di Malaysia dijangka mula berpuasa pada 11 atau 12 Mac, bergantung kepada keputusan tarikh melihat anak bulan Ramadan yang akan diumumkan Penyimpan Mohon Besar Raja-raja pada 10 Mac (Ahad). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram