Slip lesen memandu jadi perbalahan netizen, ramai kata langkah mundur tapi ada yang 'back up'


  • Massa
  • Jumaat, 08 Mac 2024

Rata-rata warga maya mempunyai pendapat yang berbeza berhubung kualiti slip pembaharuan LMM yang hanya dicetak dalam kertas dan mudah koyak.

MULAI 1 Februari lalu, pengguna jalan raya sudah boleh menikmati kemudahan memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menerusi aplikasi telefon pintar, MyJPJ.

Hal ini bukan sahaja memudahkan urusan rakyat, malah menjimatkan masa. Walaupun LMM ini tersedia secara digital melalui MyJPJ, namun pengguna jalan raya boleh mendapatkan dokumen yang dicetak secara digital.

Begitu pun, slip pembaharuan LMM tersebut menimbulkan 1,001 pertanyaan dalam kalangan rakyat kerana reka bentuk dan kualitinya yang sangat berbeza berbanding lesen memandu sebelum ini.

Ahli Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Heng See Lin tidak terkecuali menyuarakan pendapat mengenai slip pembaharuan LMM tersebut.

Beliau meluahkan rasa tidak berpuas hati ekoran kualiti slip lesen memandu itu hanya diperbuat daripada kertas.

"Lesen memandu saya pada tahun 2021 berbanding 2024.

"Adakah anda serius, Anthony Loke?

"Ingat pergi laminate ya, kalau tidak nanti koyak atau hilang," tulisnya melalui satu hantaran Facebook peribadinya pada Khamis.

BACA LAGI : [VIDEO] Cukai jalan digital: Tiada isu penguatkuasaan timbul — Anthony Loke

BACA LAGI : Ambil lesen fizikal daripada JPJ jika mahu pandu di luar negara

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mempunyai pendapat yang berbeza berhubung isu tersebut.

Nor Syafarah Zakariya berkata, slip pembaharuan itu sebenarnya tidak menjadi masalah kalau terkoyak atau hilang.

"Namanya 'slip pembaharuan'. Memang kertas. Sekarang semua online. Tengok lesen online sahaja.

"Tiada masalah kalau hilang sekali pun, semuanya di hujung jari," katanya.

Pendapat Nor Syafarah turut dipersetujui Mohd Fathullah.

"Sebenarnya, lesen itu boleh kekal atau pengguna boleh buat pilihan sama ada nak yang asal macam kad pengenalan (MyKad).

"Sekarang semua dalam talian (online), tak perlu slip pun tak apa.

"Sebab kita semakin ke depan, takkan nak main-main lagi slip ini," tulisnya.

Namun, Fazlil Hakimi Dzulkifli pula berasakan implementasi slip LMM itu ibarat menjadikan negara semakin ketinggalan berbanding negara luar.

"Malaysia menuju ke belakang," tulisnya.

Seorang lagi warga maya, Adeline Yie turut meluahkan perasaan yang sama.

"Kita macam negara mundur, sepatutnya ada kad yang canggih.

"Ini bagi kertas, sudahlah bayar mahal. Kualiti pun teruk. Malu nak tunjuk kalau pergi ke luar negara," luahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram