FILEM animasi UP diterbitkan pada 2009 sememangnya tidak pernah dilupakan sehingga kini disebabkan kisahnya yang menyentuh hati.
Peminat animasi tersebut pastinya tahu akan kewujudan sebuah rumah comel dengan beberapa belon yang tergantung di atas bumbung dalam filem tersebut.
Tahukah anda bahawa rumah tersebut wujud di dunia nyata yang dimiliki seorang wanita warga emas bernama Edith Macefield.
BACA LAGI : Animasi 1990-an popular yang masih tidak dapat dilupakan hingga sekarang
Rumah dalam filem animasi tersebut.
Meskipun rumah itu mungkin tidak memberikan inspirasi kepada filem terbitan Pixar Animation Studio, namun ia dikatakan mempunyai persamaan dengan kisah Edith.
Rumah Edith terletak di sudut antara Jalan Northwest 46 dan Avenue 15, Ballard, Seattle, Amerika Syarikat.
Pada 2006, rumah berkenaan awalnya mahu dijadikan sebagai kompleks komersial tetapi ditolak Edith kerana tidak mahu menjualnya kepada pemaju.
Tindakan Edith menolak tawaran sebanyak AS&1 juta (RM4 juta), sekali gus mengejutkan ramai pihak.
BACA LAGI : Harga barang kami jual tidak akan naik sebab SST meningkat — Ameer Ali Mydin
Refusing a $1 million offer, Edith Macefield compelled them to construct a five-story mall around her small farmhouse, a home she had purchased for a mere $3,750 in 1952.
Macefield expressed her wish to stay in the house for the rest of her life, prioritizing her cherished... pic.twitter.com/GYl5OhD2Dh
— non aesthetic things (@PicturesFoIder) March 1, 2024
Edith juga sanggup membenarkan sebuah pusat beli-belah dibina di sekeliling rumahnya kerana sayang terhadap harta yang dimilikinya sejak 1950-an.
Wanita itu turut dikatakan bertegas bahawa tidak akan merobohkan rumahnya namun tetap menjalinkan hubungan baik terhadap pengurus pembinaan kompleks tersebut, Barry Martin.
Dia tidak melihat mereka sebagai saingannya malah saling memberi bantuan ketika dia masih hidup.
Kedua-duanya sangat rapat sehingga Edith menyerahkan rumahnya kepada Martin apabila dia meninggal dunia pada tahun 2008.
Keadaan rumah Edith ketika pembinaan pusat beli-belah di sekelilingnya. — Agensi
Malangnya, Martin akhirnya dikatakan terpaksa menjual harta itu kerana mempunyai masalah kewangan.
Namun, meskipun Edith sudah meninggal dunia, kedudukan rumah kecil tersebut masih kekal utuh sehingga kini di tengah-tengah pusat beli-belah berkenaan.
Rumah Edith juga menjadi perhatian ramai serta ikon tempatan di Washington kerana reka bentuknya yang sering membuatkan orang ramai mengingati filem animasi tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram