[VIDEO] Kisah silam bisikan jahat punca remaja meringkuk dalam penjara lepas bunuh 17 pelajar


  • Benua
  • Ahad, 25 Feb 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan Nikolas ketika berada dalam tahanan pada 2018.

MEMILIKI kehidupan bahagia bersama insan tersayang merupakan impian setiap manusia.

Malangnya, ia tidak terjadi kepada seorang remaja bernama Nikolas Cruz, 19, yang terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara.

Mengimbau kembali tragedi itu, Nikolas dipenjara kerana melakukan jenayah berat di Sekolah Marjory Stoneman Douglas, Parkland, Florida, Amerika Syarikat pada 14 Februari 2018.

BACA LAGI : Belum terima laporan forensik, kes bunuh Bella ditetapkan 11 Mac depan

msg1050426791-26432

Nikolas yang melakukan jenayah tersebut. — Agensi

Ketika itu, Nikolas dilaporkan telah menembak seramai 17 pelajar termasuk guru di sekolah tersebut.

Menurut pihak berkuasa Broward County, dia menyelinap masuk ke sekolah itu pada hari Valentine (hari kekasih) dan berborak bersama pelajar lain sebelum ditahan polis.

Namun, tindakannya itu dikatakan berpunca daripada masalah gangguan mental yang dihadapi Nikolas pada waktu itu.

Semasa dalam tahanan, Nikolas dilihat bercakap dan menggumam sendiri dengan menyatakan bahawa dia mahu dibunuh.

BACA LAGI : Analisis DNA sepadan, polis sahkan rangka tak sempurna milik Bella

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bilik tahanan itu, kedengaran perkataan 'bunuh saya' daripada mulut Nikolas.

Bukan itu sahaja, dia juga dilaporkan sering bersoal jawab dengan dirinya sendiri tentang mengapa dia tidak mati.

"Saya mahu mati. Akhirnya, awak tidak berguna," gumamnya sendiri.

Pada waktu itu, Detektif Pejabat Syerif Broward, John Curcio dikatakan menenangkan Nikolas dan mendengar penjelasannya berhubung tindakannya sebelum ini.

msg1050426791-26431

Pihak polis ketika mengawasi lokasi kejadian. — Agensi

Nikolas kemudiannya menjawab, terdapat bisikan suara jahat yang menggesanya untuk membakar, membunuh dan memusnahkan.

"Saya mendengar suara syaitan, suara itu ada di dalam saya. Saya hanya orang biasa yang cuba menjadi orang baik," katanya.

John bagaimanapun membidas jawapan itu dengan berkata, Nikolas tidak berusaha mendapatkan bantuan untuk menghilangkan suara jahat tersebut.

msg1050426791-26434

Antara ahli keluarga mangsa ketika sesi perbicaraan di mahkamah. — Agensi

Disebabkan tindakannya yang telah mengorbankan banyak nyawa, meninggalkan luka dan trauma kepada kesemua keluarga mangsa, Nikolas akhirnya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Berdasarkan laporan agensi, Hakim Elizabeth Schereer memutuskan untuk melepaskan Nikolas daripada hukuman mati.

Keputusan itu juga sedikit sebanyak membangkitkan kemarahan dan ketidakpuashatian kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram