Animasi 1990-an popular yang masih tidak dapat dilupakan hingga sekarang


  • Hiburan
  • Isnin, 19 Dis 2022

Animasi Anak-Anak Sidek, Ucop Santorian dan Keluang Man antara animasi popular sekitar era 1990-an.

BEBERAPA siri animasi luar negara seperi Doraemon, SpongeBob, SaIlor Moon, Hagemaru atau Pokemon antara karya luar negara era 1990-an yang masih popular sehingga ke hari ini.

Sebahagiannya mungkin membesar dengan siri animasi tersebut, bahkan ada antaranya masih lagi obses dengan kartun terbabit.

Namun, terdapat juga kartun tempatan terbitan sekitar 1990-an yang masih segar dalam ingatkan meskipun sudah lama tidak ditayangkan lagi.

Justeru, berikut Majoriti senaraikan lima siri animasi popular yang menjadi kegilaaan kanak-kanak suatu masa dahulu.

Anak-anak Sidek

FA0028bVUAMJzuW

Animasi ini popular sekitar 1995 sehingga 2005. Boleh dikatakan setiap ‘anak’ 1990-an pasti pernah mempunyai pengalaman menonton atau membaca komik mengenai keluarga jaguh badminton negara itu.

Kartun tersebut merupakan karya biografi terbitan JAS Sdn Bhd pada tahun 1995 hingga 1997, Jam Picture (2002-2005) dan X-Square Studio (2011).

Siri animasi ini bersiaran di RTM selama tiga musim sebanyak 39 episod bermula 1999 hingga 2003.

Menceritakan kisah benar yang dialami keluarga Datuk Rashid Sidek bersama adik beradiknya, Rusitah Sidek, Datuk Misbun Sidek, Datuk Razif Sidek, Datuk Seri Jalani Sidek dan Rahman Sidek.

Keluang Man

majoriti2022 (5)

Sebelum negara terkenal dengan watak adiwira Cicakman, ‘superhero’ Keluang Man bagaimanapun terlebih dahulu ‘wujud’ demi keselamatan sejagat.

Siri ini sangat popular sekitar 1998 hingga 2005 dan ditayangkan di saluran TV1. Diterbitkan oleh UAS Animation Studios ini menggabungkan teknologi penerbitan animasi dua dimensi (2D) dengan latar tiga dimensi (3D).

Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan Borhan yang tinggal di Hospital Bahagia Tampoi, Johor bersama Samad atau Tiong Man. Kedua-duanya merupakan kawan baik yang berusaha untuk melindungi mangsa daripada penjahat bernama Samsir.

Pastinya, anda yang ada nostalgia dengan animasi ini akan terngiang-ngiang lagu Kluangman selepas membaca artikel ini.

Usop Santorian

usop

Sebuah lagi karya animasi nostalgia iaitu Usop Santorian. Mengisahkan tentang sekumpulan sahabat pelajar sekolah rendah yang tinggal di Kampung Parit Sonto, Ayer Hitam, Johor.

Mereka terdiri daripada Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Siri ini bersiaran di TV1 bermula 1996 hingga 1997.

Usop Santorian ini juga merupakan karya kartunis Ujang dan Kamn Ismail.

Kampung Boy

MV5BN2RhOGE0MzQtZmY4OS00MjM1LTgwMDItM2FiOGRiZjA5MGQwXkEyXkFqcGdeQXVyMTMzNDc0Nzky._V1_

Kartun ini dihasilkan oleh kartunis, Datuk Lat yang menceritakan tentang kehidupan seorang kanak-kanak lelaki bernama Mat tinggal di sebuah kampung.

Mula ditayangkan di TV1. Sejarah awal, kartun Kampung Boy diterbitkan dalam akhbar New Straits Times sebelum diangkat ke kaca televisyen.

Selain mendapat tempat dalam kalangan penonton tempatan, animasi ini turut berjaya mencuri hati penonton luar negara sehingga disiarkan dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun.

Silat Lagenda

majoriti2022 (4)

Kartun Silat Lagenda arahan Hassan Mutalib sekitar 1998 itu mengisahkan tentang lima remaja yang melindungi dunia dengan menggunakan senjata keramat.

Filem animasi ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM6 juta diinspirasikan daripada watak pahlawan negara iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hnag Lekir dan Hang Lekiu.

Runut bunyi filem ini turut dinyanyikan barisan penghibur ternama iaitu KRU, Datuk Sheila Majid, Biduanita Negara, Datuk Zainal Abidin, Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Datuk Amy Search, Ella, Elite, Ning Baizura dan Indigo.

Antara artis yang terlibat sebagai pelakon suara terdiri daripada Noorkumalasari, Datuk Jalaluddin Hassan, Ayie Ibrahim dan pengarah, Othman Hafsham. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram