[VIDEO] Pemandu bas maut melambung 2 meter ke udara, tayar dibaiki tak semena-mena meletup


  • Benua
  • Isnin, 26 Feb 2024

Mangsa dikenali Boduram (bulatan) yang merupakan juga pemandu bas berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

SEORANG lelaki menemukan ajal dalam keadaan tragis terkena tayar ketika sedang mengisi angin sebuah bas di wilayah Banav Ajmeri Rupnagar, India baru-baru.

Memetik laporan media antarabangsa, kejadian ngeri yang berlaku pada Selasa lalu itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis di lokasi kejadian.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Boduram, 38 yang merupakan juga pemandu bas berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Otak jatuh, nak kutip hilang’, tindakan ‘King Myvi’ lawan arus tengah-tengah highway PLUS dekat Johor sukar diterima akal

BACA LAGI: Khidmat sewa bini orang, lagi laman media sosial tawar aktiviti persundalan terbongkar, ramai minta polis siasat segera

Ketua Balai Polis Rupnagar, Goparam berkata, pada waktu kejadian, bas tersebut sedang membawa kira-kira 20 hingga 22 penumpang.

"Bas itu dalam perjalanan antara Surat ke Churu dan berlepas dari Surat pada malam Isnin.

"Bas itu terpaksa berhenti berhampiran hotel tepi jalan untuk membaiki salah satu tayarnya yang pancit pada pukul 7 pagi Selasa," katanya.

Tambahnya lagi, ketika sedang mengisi angin, tayar bas itu tiba-tiba meletup.

"Impak daripada letupan itu turut menyebabkan mangsa terpelanting sehingga dua meter ke udara sebelum dia terjatuh dan terhentak kepalanya terlebih dahulu.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah," jelasnya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang oleh ahli keluarganya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram