[VIDEO] Pak cik berkopiah buang tabiat, kencing dekat bonet belakang kereta tak pandang kiri kanan


  • Tular
  • Sabtu, 24 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan lelaki membuang air kecil di bonet belakang kereta di sebuah lorong pada Khamis malam.

TIDAK semestinya mereka yang berkopiah itu alim ulama kerana mereka juga manusia biasa, malah kopiah itu tidak ubah sekadar pelengkap pakaian.

Ia rentetan tular sebuah video pendek memaparkan seorang lelaki memakai jubah dan berkopiah berjalan memasuki lorong dan pergi ke belakang salah sebuah kereta yang parkir di lokasi terbabit sebelum bertindak keterlaluan.

Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup pada Khamis malam itu menunjukkan individu terbabit sempat menanggalkan kopiahnya sebelum bertindak membuang air kecil di belakang bonet sebuah kereta.

Selepas selesai melepaskan 'hajatnya', lelaki tersebut terus meninggalkan lokasi yang masih tidak diketahui itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet hairan dengan kelakuan lelaki terbabit yang membuang air kecil di tempat awam tanpa rasa segan silu.

"Pakai kopiah bagai tapi adab zero. Kenapa kencing di (bonet) kereta. Peliknya perangai," kata Aiman Terry.

"Kau ni kenapa abang, okey ke tidak," kata Qirara Joy.

Setakat berita ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak polis atau pihak berkaitan tentang insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram