[VIDEO] 'Mohon doakan anak saudara saya', remaja perempuan antara cedera parah berlanggar sesama sendiri konvoi di Puteri Harbour


  • Tular
  • Isnin, 12 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan kemalangan melibatkan sekumpulan remaja di percayai di Puteri Harbour, Johor pada Ahad malam.

MALANG tidak berbau bagi sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai melakukan aktiviti berlumba selepas terlibat dalam satu kemalangan di Puteri Harbour, Johor pada Ahad malam.

Menerusi video dimuat naik di Facebook Paradise Generation, beberapa buah motosikal dalam keadaan rosak dilihat bergelimpangan di atas jalan raya.

BACA LAGI: [VIDEO] Kereta berhenti mengejut elak lokasi kemalangan punca konvoi motosikal berlanggar sesama sendiri di JB, 2 parah

msg1050426791-24973

Tangkapan skrin komen yang dimuat naik orang awam berhubung kemalangan itu.

BACA LAGI: Lelaki parah terduduk depan treler, tangan putus lepas kemalangan di Ulu Tiram

Dalam video sama, kelihatan juga beberapa individu yang membantu mangsa kemalangan di lokasi kejadian.

Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, salah seorang mangsa cedera parah dan kini sedang menjalani pembedahan di kepala.

Menurut pengguna Facebook Syafiq Samsudin yang mendakwa mangsa merupakan anak saudaranya turut cedera di bahu.

"Mohon doakan anak saudara saya buat pembedahan di kepala akibat pendarahan dan bahu patah kiri kanan," tulisnya.

Selain itu, dia mendakwa, kemalangan berlaku ketika sekumpulan remaja bersama anak saudaranya sedang menunggang motosikal secara santai sebelum berlanggar sesama sendiri.

Ia didakwa berpunca daripada sebuah kereta yang tiba-tiba menukar lorong sekali gus menyebabkan kereta lain di hadapan sekumpulan penunggang motosikal terbabit berhenti mengejut.

Disebabkan tindakan drastik kereta tersebut, penunggang motosikal di belakang dikatakan berlanggar sesama sendiri.

Bagaimanapun, tiada sebarang kematian dilaporkan dan belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram