RAKAMAN imej satelit memaparkan kerja pembinaan tembok yang kini sedang rancak dijalankan di sepanjang sempadan Mesir dan Gaza sejak minggu lalu.
Perkembangan terbaharu itu dipercayai berlaku sebagai sebahagian daripada persediaan oleh Mesir bagi menempatkan pelarian daripada wilayah bergolak berkenaan.
Sumber daripada Kerajaan Mesir yang enggan dinamakan dilaporkan berkata, kerja pembinaan terbabit bertujuan bagi mewujudkan zon penampan yang turut meliputi tembok di wilayah Sinai Utara Mesir sekiranya Israel meneruskan rancangannya bagi melakukan serangan darat di bandar paling Selatan Gaza, iaitu Rafah.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh kumpulan hak asasi manusia, tembok setinggi tujuh meter sedang dibina di zon tersebut.
Mesir secara terbuka menafikan membuat sebarang persiapan sedemikian.
حصلت مؤسسة سيناء على مواد مصورة حصرية بتاريخ اليوم 16 فبراير, تظهر استمرار السلطات المصرية في بناء منطقة أمنية عازلة محاطة بأسوار بمساحة 19 كم مربع, في مدينة رفح المصرية شرقي سيناء, حيث توضح الصور وصول عملية تجهيز التربة لوضع الجدار المكون من قوالب اسمنتية جاهزة بالقرب من السياج... pic.twitter.com/zRO4x9Rvxj
— Sinai for Human Rights (@Sinaifhr) February 16, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk Semenanjung Gaza berlindung di Rafah umpama tunggu giliran kematian
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant juga berkata, pihaknya "tidak berniat untuk memindahkan orang awam Palestin ke Mesir".
Sejak bermulanya perang Gaza pada 7 Oktober lalu, Mesir secara konsisten berkata, ia tidak akan membuka sempadannya kepada pelarian.
Pendirian itu dilaksanakan sebahagiannya kerana ia tidak mahu kelihatan bersubahat dalam pemindahan besar-besaran rakyat Palestin, di samping menangani kebimbangan berhubung isu ekonomi dan keselamatan.
Di sebalik tentangan yang diterima di peringkat antarabangsa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilihat masih berhasrat untuk melancarkan serangan besar di Rafah, bandar yang memberikan perlindungan kepada kira-kira 1.4 juta penduduk.
Tangkap layar video memaparkan besi tembok yang dibina di sempadan Mesir dan Gaza.
BACA LAGI: [VIDEO] Gempur pengintip Israel habis-habisan, Turkiye cekup 34 individu disyaki anggota Mossad
Rejim Israel mendakwa tentera Hamas berada di bandar itu.
Ia juga mendakwa 130 tebusan dari Israel yang masih belum ditemui kini sedang ditahan di bandar tersebut.
Menjelang serangan yang dirancang ke atas Rafah, Israel turut mengarahkan orang awam untuk bergerak ke kawasan terbuka di Utara bandar itu.
Israel sebelum ini mengarahkan penduduk Palestin untuk menuju ke Rafah sementara pertempuran berterusan di bahagian Utara Gaza ketika pada permulaan serangannya.
Sementara itu, dalam satu imej, bertarikh 15 Februari lalu, kawasan besar yang berhampiran dengan persimpangan Rafah ke Gaza kelihatan telah dibersihkan.
Bercakap kepada rangkaian berita Arab Saudi, Al Hadath TV pada Khamis, Gabenor Wilayah Sinai Utara Mesir, Mohammed Shousha berkata, tujuan aktiviti di kawasan itu adalah 'untuk menjalankan inventori penempatan' yang dimusnahkan semasa kempen Mesir menentang kumpulan IS atau Islamic State.
Mohammed menambah bahawa Mesir tetap mengambil pendirian "tidak membenarkan pemindahan penduduk Gaza ke Mesir". — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram