PM Anwar gasak Jerman isu Palestin, penuhi hasrat rakyat Malaysia


  • Massa
  • Ahad, 14 Jan 2024

Isu kebebasan Palestin yang sememangnya tidak terlepas daripada terus dibincangkan oleh setiap negara. — Agensi

TIDAK putus usaha menentang kekejaman Israel, ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu bersama pemimpin luar negara ternyata menarik perhatian ramai.

Pada Sabtu, Anwar menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock dalam lawatan wakil negara Eropah ke Asia Tenggara terdiri dari Filipina dan Singapura selain Malaysia.

Terdapat beberapa perkara serta isu yang dibincangkan malah mendapat persetujuan bersama dalam melaksanakan pengukuhan berkaitan aspek ekonomi, pendidikan, sain dan teknologi, TVET selain meningkatkan persefahaman antara budaya.

BACA LAGI : Masyarakat dunia tak boleh tutup mata isu Palestin, Anwar bawa suara Malaysia ke pentas antarabangsa

msg1050426791-22251

Anwar (kanan) ketika bertemu dengan Annalena (kiri) membincangkan tentang isu-isu kemanusiaan termasuk konflik di Palestin. — Facebook Anwar

Dalam pertemuan itu juga Anwar mengambil kesempatan untuk membincangkan isu Palestin dengan menyatakan pendirian tegas Malaysia agar negara Barat menghentikan kepura-puraan mereka terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad ini.

"Selain mesti berusaha ke arah mengelak pembantaian terhadap orang awam termasuk anak kecil.

"Justeru, saya mengasak Jerman untuk menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dan membenarkan akses kemanusiaan," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook pada Sabtu.

Susulan itu, ramai yang melihat ia sebagai satu usaha baik Malaysia dalam mengetengahkan isu penting terutama melibatkan Palestin di mata dunia.

msg1050426791-22252

Perbincangan yang lebih memfokuskan isu Palestin. — Facebook Anwar

Berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri itu, salah seorang pengguna Facebook UII Asfara meluahkan rasa bangganya terhadap ketegasan Anwar.

"Saya baru nampak gambar ni dan terus terlintas di fikiran, harap Perdana Menteri ulas isu Palestin pada dia (Annalena). Sebab geram baca berita pagi tadi (Sabtu) yang Jerman buat keputusan untuk menolak tuduhan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel.

"Alhamdulillah, lega Anwar beritahu dia tentang kepura-puraan mereka terhadap isu Palestin. Terima kasih Datuk Seri," tulisnya.

Selain itu, ia turut disokong oleh warga maya lain serta menyatakan Anwar bertindak pantas dalam menegakkan pendiriannya berkenaan isu itu.

"Banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin luar, beliau mengambil peluang yang sama untuk membincangkan isu Palestin dan menyatakan pendirian tegas Malaysia yang menolak segala bentuk keganasan, pencerobohan haram ke atas negara lain. Ini sangat baik supaya negara luar faham dengan pendirian Malaysia dalam isu ini," komen Aluwi Ismail II.

"Terbaik Perdana Menteri, setiap kali bertemu dengan pemimpin negara luar, isu Palestin tetap diutamakan dan disuarakan," tulis Raja Kamaruzaman.

"Alhamdulillah dengan fokus kuat Anwar terhadap Palestin, Insya-ALLAH atas usaha semua akan ada kejayaan nanti," respons Sweet Shams. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram